Dalam kejadian jam 10.41 pagi, Rabu, Nurul Baker berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia dan keluarganya tiada di rumah.
"Pembantu rumah saya dirasuk hantu di rumah saya selepas dia keluar dari bilik mandi. Nasib baik ibu dan anak-anak saya tiada di rumah pada ketika itu," katanya.
Berdasarkan video yang dimuat naik, pembantu rumah berkenaan terbongkok-bongkok seperti sedang bercakap dengan 'seseorang' di ruang tamu. Namun tiada sesiapa yang kelihatan di rumah itu.
Setelah beberapa saat ketika, wanita itu kemudian berpaling ke belakang dan video dimajukan ke depan menunjukkan dia duduk sebelum terbaring di atas lantai.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen berpandangan bahawa pembantu rumah berkenaan cuba menyampaikan mesej kepada majikannya yang dia tidak suka bekerja dengan keluarga itu.
"Perasan tak dia lakukan perbuatan itu di depan kamera litar tertutup (CCTV)? Dia bukannya melakukan perbuatan itu di tempat yang agak tersorok sedikit. Malah dia tahu di mana hala tuju kamera CCTV dan jelas sekali dia mahu awak melihat apa yang dia lakukan.
"Dia seperti cuba menyampaikan yang dia tidak mahu bekerja dengan awak lagi. Lebih baik awak lepaskan dia. Saya pasti awak tak nak dia racun makanan dan minuman awak di kemudian hari," kata Justin Chen.
My maid got possessed by ghost in my HDB flat after she came out of the shower.. Lucky mum and kids were not home.. Happened on 23 March 2017 <Credits: Nurul>
Posted by All Singapore Stuff on Thursday, March 23, 2017
Video yang dimuat naik laman All Singapore Stuff itu telah ditonton 375,000 kali dan dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook. - The Reporter
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2mYNh0b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment