Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Dia accident, bibir pecah apa semua tapi tiada seorang pun member nak tolong'

Foto hiasan | Google Images

Lelaki selalu kata, "kawan lebih penting dari awek sebab awek tak boleh tolong time susah."

Siapa kata? Ini saya nak cerita, tadi saya dan teman lelaki saya ada tolong seorang lelaki ini yang terlibat dalam kemalangan di depan mata kami, dek lubang besar dan dalam di depan stesen BHP, berhampiran Titiwangsa. 

Kami angkat dia, dudukkan dia elok-elok di tepi jalan apa semua. Selepas itu, saya perhatikan dia menghubungi seorang demi seorang rakan-rakan lelakinya. Seorang-seorang tanya dan soal dia macam-macam. Padahal dia baru saja kemalangan dengan mulutnya pecah bagai. Tetapi kawan dia boleh pula soal macam-macam. 
  • "Kau excident teruk ke?"
  • "Siapa langgar kau?" 
  • "Kau macam mana, okey ke?" 
  • "Lubang tu besar ke sampai kau excident?" 

Pelbagai macam soalan yang disoal sehinggakan dia dah malas nak jawab. 

Dalam WhatsApp group pun dia maklumkan kepada semua yang dia terlibat dalam kemalangan dan meminta pertolongan dari rakan-rakan yang boleh/sudi mengambilnya di tempat kejadian. Tetapi mereka pula asyik bertanyakan soalan yang sama seperti di atas. 

Teman lelaki pun tanyalah, "ada tak member nak tolong?" 

"Entahlah, saya pun tak tahulah," jawabnya dengan wajah yang jelas hampa. 

Okey, saya dah agak, memang tiada seorang pun kawan dia yang boleh tolong. Okay, tak apalah, kami pun tunggu, manalah tahu kalau ada kawan-kawan dia nak datang tolong. 

Dia cuba menghubungi kawan dia lagi, tetapi wajahnya tetapi hampa juga. Akhirnya dia cuba menghubungi awek dia dan maklumkan yang dia terlibat dalam kemalangan. Tak sampai 20 minit, awek dia sampai. 

Saya pun berbisik pada telinga si dia, "Bukan semua awek tak boleh pakai. Zaman sekarang member pun tak boleh pakai. Tunggu nak mati baru member nak datang.." 

Jangan terlalu yakin yang kawan akan ada bila kita susah. Jangan ingat perempuan ini hanya ada di sisi lelaki bila mereka senang. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2odGmB2
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.