Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Ramai Wanita Ambil Mudah. 9 Faktor Luka Jahitan Caesarean Boleh Terbuka Semula !!!

Ramai Wanita Ambil Mudah. 9 Faktor Luka Jahitan Caesarean Boleh Terbuka Semula !!! | Biasaanya luka pembedahan caesarean akan sembuh dalam masa seminggu apabila kulit pada bahagian luar bercantum. Walau pun sudah bercantum, ia masih jahitan berpotensi untuk meretas sekiranya tidak dijaga dengan baik. Luka pembedahan terbuka semula adalah sesuatu yang amat ditakuti ibu-ibu yang melahirkan secara caeserean kerana ia tentunya menyakitkan dan mendedahkannya kepada jangkitan kuman.

Kes jahitan pembedahan caesarean meretas semula tidak banyak berlaku. Nisbah kes adalah kira-kira 1:100 dalam kelahiran caesarean. Namun, bagi ibu yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean risiko luka pembedahan meretas adalah tinggi.

Lazimnya, jahitan pada luka pembedahan caesarean terbuka semula akibat pelbagai faktor. Ambil perhatian dan tingkatkan cara penjagaan. Apabila luka pembedahan sembuh segera tanpa jangkitan, risiko untuknya terbuka semula dapat dikurangkan. Antara faktor yang meningkatkan risiko jahitan luka pembedahan caesarean terbuka semula ialah seperti berikut;

1.Jangkitan kuman pada dalam luka. Ia selalunya disebabkan oleh kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau dipanggil komensal. Risiko infeksi luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal ialah 1%.

2.Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan (ELSCS).

3.Ibu yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembap atau berpeluh menjadi media yang sesuai untuk pembiakan kuman.

4.Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.

5.Kurang mengamalkan kebersihan diri seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.

6.Pemakanan berpantang yang terlalu ketat tanpa mengambil makanan seimbang selepas pembedahan dengan hanya makan nasi dan ikan tanpa sayur dan buah-buahan.

7.Kurang minum air selepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.

8.Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur pakaian atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.

9.Tindakan menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.

Awas, sekiranya anda mendapati luka pembedahan anda meretas atau terbuka semula! Segeralah mendapatkan rawatan ke hospital (sebaik-baiknya ialah hospital di mana anda dibedah) atau klinik berhampiran.-MajalahPAMA

The post Ramai Wanita Ambil Mudah. 9 Faktor Luka Jahitan Caesarean Boleh Terbuka Semula !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : 1Citemalaya>

from I Am Kiram http://ift.tt/2lDaxjs
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.