IPOH, PERAK - Bagi tempoh dua bulan pertama dari 1 Januari hingga 25 Februari 2017, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini meningkat sebanyak 300% atau sebanyak 538 kes berbanding 133 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, lapor Sinar Harian.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, trend peningkatan itu dikesan sejak minggu pertama awal tahun setelah melepasi paras purata kes lima tahun.
"Untuk tahun ini sahaja, sembilan wabak dikesan berlaku. Tiga daripadanya di tadika, masing-masing dua di sekolah rendah dan rumah persendirian. Sementara satu kes berlaku di taska dan institusi jagaan kanak-kanak khas. Bagaimanapun tiada kematian yang dilaporkan setakat ini," katanya.
"Majoriti kes ini adalah melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah. Meskipun boleh pulih tanpa rawatan perubatan, penyakit HFMD cepat menular dalam kalangan kanak-kanak kurang 10 tahun yang terdedah kepada tempat tumpuan seperti taska, tadika dan sekolah rendah.
"Ibu bapa termasuk pengusaha pusat jagaan kanak-kanak perlu sentiasa berwaspada, sebaiknya amalkan pencegahan sekiranya sudah ada tanda awal jangkitan," katanya. - The Reporter
Sumber : 1Citemalaya>
from I Am Kiram http://ift.tt/2lvseBk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment