Videos

Find Us On Facebook

Semasa

Demi Nyawa Seorang Ibu Tindakkan Si Anak Ini Buat Ramai TERSENTUH !!!

Demi Nyawa Seorang Ibu Tindakkan Si Anak Ini Buat Ramai TERSENTUH !!! | Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila ada dalam kalangan saudara mara atau teman-teman terdekat kita yang menderitai penyakit yang sukar diubati.

Sekiranya perkara ini belaku pada anda, diharapkan anda tabah dan tidak menyerah kalah selagi masih ada secebis harapan.

Peristiwa ini berlaku pada gadis cilik berusia 8 tahun yang bernama Xuan Xuan. Ketabahan dan pengorbanan yang dilakukan anak kecil ini sangat menakjubkan.

Xuan Xuan berasal dari wilayah Shandong, China. Dua tahun lalu, ibunya, Ba Li Li, tiba-tiba menjumpai tompok-tompok darah dan lebam pada tubuhnya. Setelah diperiksa di hospital, ibunya didapati menghidap penyakit leukemia limfoblastik akut.

Pada masa itu, Ba Li Li juga sedang hamil 4 bulan. Dia terpaksa menggugurkan kandungannya untuk menjalani rawatan kemoterapi.  Dalam masa setahun, Ba Li Li telah menjalani lapan rawatan kemoterapi, dan keadaannya kelihatan bertambah baik. Tetapi beberapa bulan kemudian, penyakit kansernya menyerang lagi. Pada bulan November tahun lalu, doktor menjelaskan bahawa rawatan kemoterapi mungkin tidak lagi berkesan untuknya.

Ba Li Li dinasihatkan doktor untuk menjalani pemindahan sumsum tulang. Pada masa itu, ramai ahli keluarga terdekat dan saudara mara tampil untuk menawarkan sumsum tulang mereka kepada Ba Li Li. Tetapi hanya sumsum tulang Xuan Xuan yang didapati sepadan dengan ibunya itu.

Ketika ditemu bual, Xuan Xuan memberitahu bahawa dia pernah melihat seorang pesakit di hospital yang sakit menderita ketika sedang hamil. Peristiwa tersebut menyedarkan gadis kecil ini tentang betapa peritnya kesakitan yang dialami ibunya dahulu sewaktu melahirkannya.

Jadi, apabila dia mengetahui dia boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa ibunya, Xuan Xuan berkata, “Saya tidak akan berada di sini sekiranya ibu tidak melahirkan saya. Kerana ibu memberikan kesempatan hidup pada saya, saya mesti menyelamatkan nyawa ibu.”

Hatinya terasa seolah-olah dicucuk sembilu membiarkan anak sekecil itu menyumbangkan sumsum tulangnya. Pernah terlintas di fikiran Ba Li Li bahawa lebih baik dia pergi daripada membebankan ahli keluarga dan membiarkan anaknya menderita seperti itu.

Tetapi selepas dipujuk suami, dia menerima keputusan itu dengan berat hati. Ba Li Li juga tidak mahu anaknya berasa kesal kemudian hari. Oleh sebab itu, dia bersedia menerima pemindahan sumsum tulang dari anaknya.

Namun, pada masa itu, Xuan Xuan sangat kurus, berat badannya hanya 24 kilogram. Doktor memberitahu bahawa gadis ini perlu menaikkan berat badannya beberapa kilogram barulah pemindahan tersebut boleh dijalankan.

Oleh itu, Xuan Xuan berusaha untuk menaikkan berat badannya dengan mengambil makanan sehingga lapan kali sehari. Kini berat badannya mencecah 29kg dalam masa yang singkat.  Xuan Xuan juga memberitahu kepada ayahnya bahawa dia tidak perlu menghabiskan wang membeli makanan yang mahal kerana wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan rawatan ibunya.

Setelah beberapa waktu berlalu, ketika tibanya saat melakukan pemindahan sumsum tulang tersebut, Xuan Xuan dilihat sangat cekal dan tidak menitiskan setitik air mata pun.

Kecekalannya membuatkan hati ibu bapanya sangat tersentuh. Sementara itu, kedudukan kewangan keluarga itu juga telah banyak berkurang untuk menampung kos rawatan kemoterapi berulang kali yang mencecah 800 000 Yuan (RM 517 694.29) .

Mujurlah setelah kisah keberanian dan pengorbanan Xuan Xuan tersebar, ramai yang tampil memberikan sumbangan dana untuk membantu keluarga ini.

Tentunya Xuan Xuan diselubungi perasaan takut sebelum pembedahan tersebut. Tetapi apabila di fikirkan pengorbanan dan keadaan ibunya itu, apalah ertinya rasa takut ini?

Semoga Ba Li Li dapat segera pulih selepas pembedahan, dan boleh kembali pulang menikmati kebahagiaan bersama keluarga.

Era Baru

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post Demi Nyawa Seorang Ibu Tindakkan Si Anak Ini Buat Ramai TERSENTUH !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2lufL0M
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.