Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!

Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!! | Aoshima, Jepun dikenali sebagai “Pulau Kucing”. Penduduk Aoshima kurang daripada 20 orang tetapi populasi kucingnya pula melebihi 100 ekor! 


Suatu hari, dalam usaha untuk menghalau nyamuk, penduduk tempatan telah menanam catnip di taman. Keesokan harinya, kesemua kucing khayal seolah-olah telah mengambil dadah.
Rupa-rupanya, catnip, sejenis tumbuhan yang menyerupai pudina, mengeluarkan bau yang boleh merangsang sistem saraf kucing dan mengakibatkan halusinasi.
Sepertimana namanya, catnip mendatangkan kesan yang luar biasa kepada kucing. Namun begitu, tumbuhan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada mereka!
Kenapa catnip begitu kuat kesannya terhadap kucing?
Catnip mengandungi sejenis kimia yang berfungsi sebagai bahan penarik kucing, nepetalakton. Daya geseran pada catnip, misalnya golekan kucing di atasnya, akan menyebabkannya melepaskan bahan kimia tersebut ke udara.
Apabila kucing (termasuklah “kucing besar” seperti harimau, harimau bintang dan singa) menghidunya, ia akan berasa amat teruja kerana sistem saraf otaknya serta emosinya dirangsang.
 
Kira-kira 75% kucing dewasa bertindak balas terhadap bau catnip. Apabila kucing terhidu bau catnip, ia akan menghampiri tumbuhan tersebut dan bertindak menggeselkan kepala berulang kali padanya. Sejurus itu, ia akan menjadi khayal dan bergolek di atas tanah atau berlegar-legar bahkan ada yang melelehkan air liur.
   
Apabila bau catnip mula hilang, kucing akan kembali tenang.
Ajaib benar kesan catnip kepada kucing!


from I Am Kiram http://ift.tt/2l2GXYt
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.