Tidak dinafikan di zaman sekolah dulu, terbitnya rasa cemburu melihat pelajar lain dihantar, dicium pipi dahi kepala apa semua sebelum si anak masuk ke sekolah berbanding ada sesetengah yang hanya pergi sekolah bersendirian dan ibu bapa pula sibuk mengejar rutin mereka.
Tatkala mereka melihat semua adegan bahagia seumpama itu, pastinya terasa sedih mengenang diri tidak diberi layanan yang sama oleh ibu bapa masing-masing. Ibu bapa sekalian, bila kali terakhir anda berbuat demikian pada anak-anak?
Foto Hiasan | Hazman Fadzil |
Oleh Aida Mokhtar
Assalamualaikum. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Selama tiga minggu ini saya ada perhatikan seorang pelajar perempuan darjah satu sebaya dengan anak sulut saya. Kalau dia nampak saya hantar anak-anak ke seklah, dia pasti akan mengikut saya dan anak-anak dari belakang.
Mula-mula saya akan hantar si adik di kelas pra sekolah, kemudian ke kantin belikan sarapan untuk si kakak dan barulah hantar si kakak ke kelas. Dia akan ikut dna perhatikan apa saja yang saya dengan anak lakukan. Anak-anak biasa akan salam dan cium saya berulang kali. Kadang-kadang sampai dekat 10 kali cium pipi dan tangan.
Jadi petang semalam semasa hantar si kakak ke sekolah petang, saya tergerak hati nak tanya dia.
"Emak kerja ke?"
"Mak kerja misi, ayah kerja polis," jawabnya.
"Oh, patutlah jarang nampak emak," kata saya.
Dia senyap saja.
Pagi ini (16 Februari) saya hantar anak ke sekolah seperti biasa dan dia nampak saya dan anak-anak. Dia ikut lagi seperti biasa. Semasa saya beli sarapan untuk si kakak, saya tanya dia,
"Nak hotdog ke? Makcik belikan?"
"Tak nak acik," katanya.
Jadi saya pun hantar si kakak ke kelas. Seperti biasa si kakak akan cium pipi dan tangan saya berulang kali. Budak perempuan itu tengok saja apa yang saya dan si kakak buat. Bila si kakak masuk kelas, saya pun tanya pada budak itu.
"Kenapa selalu ikut acik?"
"Nak cium acik, boleh tak?" jawabnya dengan nada sedih.
Ya Allah, gugurnya hati saya, rasa nak menangis pun ada, terharu pun ada. Tak cakap banyak, saya terus cium dia. Dia pun salam dan cium pipi saya. Selepas itu dia terus senyum.
Ya Allah, tak tahu nak cakap apa. Adakah anak ini rindu belaian ibunya? MasyaAllah. Ibu bapa di luar sana, sesibuk mana pun bekerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Tersentuh hati saya.
Sumber : 1Citemalaya>
from I Am Kiram http://ift.tt/2lv4qBk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment