Wanita 8 Tahun Menetap Di Lapangan Terbang Changi
Seorang wanita telah 8 tahun menetap di Lapangan Terbang Changi, Singapura,
Wanita berkenaan adalah antara lebih 10 yang dipercayai menjadikan lapangan terbang itu ‘rumah’ mereka.
Beliau mengakui menjadi mangsa krisis kewangan pada 2008 dan bertindak sedemikian kerana terdesak.
Pada mulanya, dia berhasrat untuk menetap di situ beberapa hari sahaja, bagaimanapun ia berlanjutan sehingga lapan tahun.
Dia selalunya akan membawa bersama troli yang penuh denan baju, makanan, kelengkapan dandanan diri dan keperluan harian.
Wanita yang biasanya akan makan di gerai makan di lapangan terbang itu menganggap tinggal di lapangan terbang itu agak selesa kerana di situ ada pasar raya, bilik mandi, penghawa dingin dan Wi-fi percuma.
Cara dia mendapat wang adalah dengan menyewakan rumahnya dengan harga $1,000. Selepas menyewakan rumah sendiri, dia pula tinggal di lapangan terbang itu.
Wanita ini bercadang menjual rumah pangsa itu dan memohon untuk mendapat unit kediaman untuk keselesaan dirinya.
Changi Airport Group berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Keluarga dan Sosial dan Pusat Khidmat Keluarga untuk menangani isu berkenaan.
Seorang lagi lelaki yang berusia dalam lingkungan 60an memberitahu Wanbao, dia mula menetap di lapangan terbang itu selepas timbul masalah dengan kenalan serumahnya di Jalan Beach.
Dua tahun lalu, pasangan gelandangan menetap di lapangan terbang itu untuk beberapa bulan telah mendapat perhatian media negara itu. -PENMERAHDOTCOM
Sumber: The Straits Times/Asia News Network.
The post Wanita 8 Tahun Menetap Di Lapangan Terbang Changi Walaupun Ada Rumah appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah
from I Am Kiram http://ift.tt/2jmVY70
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment