Videos

Find Us On Facebook

berita

[VIDEO] Pakar Arkeologi Temui 24 Bongkah Batu Hitam. Setelah Dikaji Mereka Mendapati Sesuatu Yang MENGEJUTKAN !!!

[VIDEO] Pakar Arkeologi Temui 24 Bongkah Batu Hitam. Setelah Dikaji Mereka Mendapati Sesuatu Yang MENGEJUTKAN !!! | KAHERAH 3 Jan. – Sekumpulan pakar arkeo­logi menemukan 24 bongkah batu hitam gergasi menyerupai keranda didakwa milik makhluk asing berdasarkan saiznya yang luar biasa besar di Piramid Giza baru-baru ini.

Objek-objek berkenaan dijumpai tertimbus di gua lereng bukit kira-kira 19 kilometer di selatan Piramid Giza.

Lapor Express.co.uk, ‘keranda-keranda’ hitam yang diperbuat daripada batu granit tersebut didakwa milik makhluk asing kerana beratnya yang men­cecah 100,000 kilogram setiap satu serta ketiadaan teknologi pada zaman purba yang mampu meng­angkut objek seberat itu.

Pakar arkeologi masih tidak mengetahui sebab sebenar orang Mesir purba membina objek tersebut yang dikenali sebagai Serapeum of Saqqara.

Namun, apabila dilihat dari segi kemahiran dan ketepatan potongan batu yang luar biasa, beberapa pakar mengandaikan batu hitam itu tidak dibina untuk firaun zaman berkenaan tetapi ditinggalkan oleh makhluk asing.

Disebabkan potongan batu tersebut yang begitu tepat, ia dikatakan akan kekal kedap udara untuk beberapa ribu tahun akan datang.

Bongkah gergasi itu juga me­maparkan tulisan hiroglif yang pudar dan pakar menganggapnya hanya sebagai corak grafiti.

Tambah beberapa pakar, tapak penemuan adalah kawasan pengebumian rasmi yang dibina sekitar 3,300 tahun dahulu oleh Firaun Ramesses II. Sumber:-UtusanMalaysia

Video penemuan objek yang didakwa keranda hitam milik makhluk asing:-

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post [VIDEO] Pakar Arkeologi Temui 24 Bongkah Batu Hitam. Setelah Dikaji Mereka Mendapati Sesuatu Yang MENGEJUTKAN !!! appeared first on BERITA HARIANI.



from BERITA HARIANI http://ift.tt/2i8jYGH
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.