Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Tragedi Hari Kedua Sekolah, Pelajar Cedera Parah, Sama-Sama Kita Doakannya

Tragedi Hari Kedua Sekolah, Pelajar Cedera Parah

adik-aliff
Kesiannya, itulah ayat yang boleh diungkapkan.

Keceriaan seorang murid tahun satu yang baru menamatkan hari kedua sesi persekolahan 2017 bertukar tragedi.

Ini apabila pelajar malang ini parah kerana dilanggar motosikal berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Aliff Aiman yang berumur 7 tahun yang baru tamat sesi persekolahan.

Dia dipercayai mahu melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal Honda EX5 dinaiki oleh dua lelaki.

Akibat kemalangan itu, Aliff Aiman kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta.

Aliff patah kaki kanan, tempurung kepala retak dan mengalami pendarahan pada otak.

Ibu mangsa, Suwanti Abd Hamid, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan seorang penduduk yang datang ke rumahnya terletak satu kilometer dari sekolah.

Suwanti berkata, mangsa sepatutnya pulang ke rumah di Taman Bukit Rambai Jaya, bersama kakaknya menaiki van sekolah namun kanak-kanak itu dipercayai mengambil keputusan berjalan kerana merasakan dirinya ditinggalkan, sebelum dilanggar. -PENMERAHDOTCOM

The post Tragedi Hari Kedua Sekolah, Pelajar Cedera Parah, Sama-Sama Kita Doakannya appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2ijNTM7
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.