Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Isteri-isteri Menteri Besar Johor Lebih Kuasa dari EXCO, jadi perasmi program kerajaan negeri?


Tidak tahulah apa yang sudah jadi dengan kerajaan negeri Johor pada hari ini yang dipimpin oleh Dato Osman Sapian. Pelbagai cerita yang kita dengar sepanjang beliau bergelar sebagai Menteri Besar Johor sepanjang tempoh 6 bulan ini. Lebih banyak dihujani dengan cerita-cerita buruk berbanding dengan cerita-cerita yang baik.

Terbaru, kecoh isteri-isteri Osman Sapian berlumba-lumba hadir ke program kerajaan negeri sekali gus menjadi perasmi program kerajaan negeri. Sebelum ini, isteri ketiga Osman Sapian menjadi wakil kepada Osman Sapian merasmikan program Persatuan Kebudayaan India ‘Little India’.

Kali ini, isteri pertama pula enggan kalah dengan isteri ketiga turut menjadi wakil kepada Osman Sapian untuk merasmikan Karnival Wanita. Jangan terkejut lepas ini isteri kedua pula yang mengisi slot menjadi perasmi di mana-mana program kerajaan negeri. Barulah ‘adil’ dan ‘saksama’ bukan?

Tetapi yang menghairankannya kelayakan atau justifikasi apa yang digariskan oleh kerajaan negeri sehingga membolehkan isteri-isteri Osman Sapian menjadi perasmi program kerajaan negeri?

Walhal dalam poster-poster yang disebarkan dalam media sosial sudah terang-terangan Menteri Besar Johor yang akan menjadi perasmi program tetapi bila hari kejadian isteri-isterinya pula yang menjadi wakil.

Persoalannya lagi, siapa isteri-isteri Osman Sapian dalam kerajaan negeri Johor? Tidak tahu pula selama ini taraf isteri-isteri Osman Sapian setaraf dengan Menteri Besar sehingga membolehkan mereka menjadi wakil kepada Osman Sapian.

Jika Osman Sapian mempunyai kekangan masa untuk hadir dan menjadi perasmi program bukankah sepatutnya yang lebih layak menggantikan Menteri Besar pada ketika itu adalah barisan Exco-exco kerajaan negeri? Tetapi kenapa isteri-isteri Osman Sapian pula yang merasmikan program?

Adakah kedudukan isteri-isteri Osman Sapian lebih tinggi daripada exco-exco kerajaan negeri Johor pada hari ini?

Cuba fikirkan kerajaan negeri mempunyai seramai 10 orang barisan exco, mustahil semua exco sibuk dalam satu masa yang sama. Ataupun dakwaan sebelum ini benar yang sememangnya hubungan Menteri Besar Johor dengan exco-exconya tidak sekepala lagi seperti dulu?

Bayangkan tidak pernah-pernah isteri Menteri Besar atau isteri exco-exco kerajaan negeri Johor sebelum ini mengambil peranan sebagai Menteri Besar. Tetapi Osman Sapian baru sahaja 6 bulan mentadbir negeri Johor sudah selesa membawa satu ‘budaya baru’ dalam kerajaan Negeri Johor yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan negeri Johor sebelum ini. Tahniahlah kerana berjaya mengubah Johor!

Pendek kata, perkara yang terjadi ini sememangnya memalukan kerajaan Negeri Johor dan tidak mencerminkan langsung kerajaan negeri Johor yang selama ini di pandang gah oleh orang luar. Apatah lagi perkara ini boleh dikatakan sejarah baru buat kerajaan negeri Johor apabila isteri-isteri Menteri Besar pula yang mengambil peranan sebagai Menteri Besar.

Jika perkara ini berterusan saya bimbang apa yang bakal terjadi dengan kerajan negeri Johor pada masa hadapan. Ada baiknya exco-exco kerajaan negeri Johor hari ini mengambil maklum tentang perkara ini sebelum lebih ianya parah lagi.




Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress


Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram https://ift.tt/2qKMlRo
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.