Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Suasa Airlines, Moonspace didenda RM380,000





SUASA Airlines Sdn Bhd didenda RM380,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
SEPANG: Suasa Airlines Sdn Bhd didenda RM380,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan operasi tanpa Permit Perkhidmatan Udara (ASP) sah, tahun lalu.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap Suasa Airlines selepas wakil syarikat berkenaan mengaku melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 21 Julai tahun lalu.

Syarikat penerbangan itu membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Suasa Airlines didakwa membawa penumpang untuk sewa atau upah dalam perjalanan tidak berjadual antara Kuala Lumpur dan Langkawi tanpa ASP sah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Abazafree Mohd Abbas dan Afzainizam Abdul Aziz.

Sementara itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata semua syarikat penerbangan perlu mempunyai kelulusan pihak berkuasa sebelum beroperasi.

"Langkah ketat diambil MAVCOM bertujuan melindungi pengguna.

"MAVCOM tegas dalam pendiriannya untuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang tidak mematuhi undang-undang industri ini," katanya.

Sumber : BicaraNework

from I Am Kiram http://ift.tt/2iVHeLr
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.