Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Siasatan Polis Dedah "Kisah Complicated", Budak Itu Tidak Ditinggalkan Keseorangan?

Siasatan Polis Dedah "Kisah Complicated", Budak Itu Tidak Ditinggalkan Keseorangan?


Ini satu lagi kisah yang mengejutkan ramai.

Kejadian kanak-kanak 3 tahun yang ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemas mejadi bualan ramai.

Kini kes semakin bercelaru apabila siasatan polis mendapati pada waktu itu sebenarnya kanak-kanak itu tidak keseorangan.

Sebenarnya terdapat dua remaja lelaki di rumah terbabit.

ADA DUA LAGI REMAJA DI RUMAH

Ketua Polis Daerah Tampin berkata, remaja berusia 13 dan 14 tahun itu ialah anak kepada wanita berusia 36 tahun yang ditahan kerana mengabaikan Muhammad Adam, tiga tahun.

Menurut kenyataan Polis, dua remaja itu tidur seawal jam 9 malam sementara Adam ditinggalkan di sebuah bilik.

BUDAK 3 TAHUN MENANGIS TENGAH MALAM, DIDENGARI ORANG KAMPUNG

Katanya, sebaik kanak-kanak terbabit menangis jam 12.45 tengah malam, remaja tersebut telahpun tidur.

Penduduk kampung bergegas ke kediaman itu setelah meragui bunyi tangisan tersebut dan menghubungi polis.


LARI, INGAT PEROMPAK

Kata polis, remaja itu lari kerana takut apabila rumah dibuka. Mereka juga terlupa akan Adam.

"Apabila penduduk mengetuk pintu rumah, dua remaja itu menyangkakan perompak dan melarikan diri menerusi pintu belakang.

"Mereka terlupa Adam berada dalam bilik dan bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit antara lapan hingga 10 jam,"


Menurutnya, sejurus pulang keesokan hari, mereka mendapati Adam tiada di rumah dan menghubungi datuk mereka di Felda Jelai.

Remaja itu bagaimanapun dikejutkan sebaik diberitahu ibu mereka ditahan polis kerana mengabaikan kanak-kanak.

Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2iU4Z4z
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.