Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Setiap kali feeding, mesti Adam meronta-ronta tak nak menyusu, rupa-rupanya ada tongue tie' - Nurul


Oleh Puan Nurul Izzati

Hari itu terbaca orang share tentang 'tongue tie' dan tak sangka anak sendiri menghidapinya. 

Mama minta maaf sebab paksa Adam minum susu. Kadang-kadang sampai guna syringe nak bagi susu punya pasal sebab Adam susah sangat nak minum susu. Kurang sangat-sangat minum susu. Mama tak ada pilihan, mama cuma risau. 

Walaupun Adam minum susu badan, tapi Adam tak nak direct feeding. Jadi, mama memang bagi botol saka untuk Adam minum. (Perah sisi dan bagi botol) mam tak kisah jadi EP mom (ibu yang bagi susu badan tetapi melalui perahan, bukan secara direct feeding) asalkan Adam membesar dengan susu ibu. 

Mama menjadi EP mom sejak Adam berusia 4 bulan lagi. Waktu itu, Adam demam dan kurang minum susu. Mama mula ajar guna botol. Mula-mula Adam memang tolak botol, menangis-nangis tak nak. Tetapi mama bagi juga sebab waktu itu Adam tolak botol dan juga direct feeding. Jadi mama tiada pilihan pada waktu itu demi memastikan Adam cukup air dalam badan sebab demam tinggi. Tetapi selepas Adam baik dari demam, mama cuba bagi susu badan dan waktu ini Adam mula tak nak langsung. Dipendekkan cerita, bermulalah perjalanan mama sebagai EP mom sehingga sekarang, Adam sudah berusia 8 bulan. Alhamdulillah. 

Bila adam kurang minum susu, memberi kesan pula pada berat badannya. Memang naik sikit saja setiap bulan. Setiap kali checkup di klinik, mama berzikir sajalah tengok berat Adam naik sikit sangat. Tak tahu nak buat macam mana lagi. Dalam hati mama, janganlah doktor atau jururawat minta topup dengan susu formula sebab risau mama punca Adam tak naik berat (punca susu ibu).

Alhamdulillah, jururawat dan doktor adalah yang support breastfeeding. Jadi mereka cuma suggest kekerapan menyusu dan masa itu Adam belum mula diberi makan solid food. 

Mama pekakkan telinga saja bila ada orang tegur, 

"Kenapa badan Adam kecil? Minum susu ibu ke? Anak I ni, tak larat nak dukung,"

Punyalah berat anak dia. 

Mama buat tak tahu saja walaupun kadang-kadang mama balik menangis pada ayah. Terima kasih ayah, tak pernah berputus asa. Mereka tak faham, tak apa. Semoga anak mereka membesar dengan sihat, kan Adam?

Sehinggalah semalam, setiap kali feeding, mesti Adam macam meronta-ronta tak nak menyusu. Sampai banyak kali mama terfikir, 

"Tak sedap ke susu mama?" 

Beberapa kali juga mama terfikir nak bagi susu formula kalau ini sajalah caranya Adam nak menyusu tetapi cepat-cepat istighfar. Ingat balik, susu ibu ini anugerah Allah paling banyak khasiat untuk anak. Mana mungkin tak sedap. 

Beberapa hari lepas, terbaca status seorang hamba Allah ini berkenaan anaknya yang ada tongue tie. Khusyuk saya baca, semua yang dia tulis berkenaan anak dia, sama seperti Adam. Maka naluri seorang ibu ini, beritahu suami untuk bawa Adam pergi ke hospital. Esoknya, terus pergi ke Pusrawi Kuala Lumpur. 

Jumpa doktor kanak-kanak di Pusrawi dan cerita masalah Adam kepada doktor. Doktor periksa tekak Adam dulu kalau ada masalah lain. Tetapi tiada dan suami terus tanya doktor untuk cuba periksa kalau Adam ada tongue tie. 

Nak tahu doktor cakap apa? Doktor tanya, 

"Mana awak tahu tentang tongue tie?" 

Tak tahu kenapa dia tanya, mungkin sebab benda ini kes terpencil agaknya. Dipendekkan cerita, doktor periksa dan sahkan. 

"Ada sikit tongue tie dia ni," 

Tetapi doktor cakap dia bukan pakar dalam bidang itu dan tak boleh buat apa-apa. Jadi, doktor aturkan temujanji lain dengan seorang lagi doktor pakar bedah kanak-kanak keesokkan harinya. 

Kami balik rumah dengan perasaan bercampur baur. Rupa-rupanya inilah punca Adam tak nak menyusu. Sedih sangat, rasa sedih sebab selalu paksa Adam minum susu dan tak tahu pun dia sendiri tak puas menyusu. 

TONGUE TIE

Secara ringkasnya, tongue tie ini seperti ada satu 'tali' yang mengikat lidah (dari bawah lidah, sila rujuk gambar) dan kesan daripada ini membuatkan lidah bayi menjadi pendek. Kesannya, bayi sukar untuk menyusu dan tidak puas menyusu dan menghasilkan bunyi berdecit ketika menyusu serta berkemungkinan akan menganggu proses percakapan dan pertumbuhan gigi bayi. 

Dari apa yang doktor beritahu, tongue tie ini akan hilang sendiri apabila bayi sudah besar. Tetapi sebagai ibu, tak sanggup rasanya nak tengok anak tak nak menyusu, tak puas menyusu dan sebagainya. Jadi saya buat keputusan untuk doktor potong tongue tie tersebut. 

Prosesnya sekejap sahaja, tak sampai lima minit. Tongue tie itu doktor tunjuk, memang macam benang saja halusnya. Doktor potong, tiada bius, berdarah sedikit dan sekejap saja dalam 2-3 minit, pendarahan berhenti. 

Hari ini, hari pertama Adam tanpa tongue tie. Alhamdulillah Adam dah mula menyusu dengan baik. Doakan Adam membesar dengan sihat dan mama nak cuba direct feed Adam semula. Mama rindu Adam mengempeng seperti masa mula-mula lahir dulu. 

Kepada sesiapa pun di luar sana, janganlah sesekali nak komen anak orang kecil, ringan, kurus, gemuk. Lebih teruk banding-bandingkan dengan anak sendiri. Anak kita gemuk, anak dia kurus. Sebab kita tidak tahu apa yang ibu bapa bayi itu hadapi dan betapa mereka berusaha nak membesarkan anak mereka. Kasihan anak-anak tanpa dosa ini, kecil-kecil lagi sudah dinilai macam-macam. Hormatilah perasaan ibu bapa ini. 

Kepada sis yang kongsi tentang tongue tie anaknya itu, terima kasih banyak-banyak. Asbab status sis itu, baru tergerak hati nak bawa Adam pergi jumpa doktor. Saya doakan semoga anak sis membesar dengan sihat, menjadi insan yang muslih penyejuk mata ibu ayah. Amin. - Nurul Izzati | The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2jpl6u0
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.