Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Mandul, suami sula isteri dengan kayu pencanai 40 cm


UTTARAKHAND, INDIA - Kejamnya seorang lelaki yang tergamak memasukkan kayu pencanai ke dalam dubur isterinya yang didakwa mandul dalam kejadian 25 Disember 2016.  

Tiga hari sebelum itu, lelaki itu telah menyeksa isterinya kerana berang mangsa mandul dan mengugut bunuh jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa. 

Mangsa yang berusia 38 tahun itu hampir muat, dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Dr Sushila Tiwari di Haldwani, Uttarakhand, utara India selepas mengadu sakit perut teruk. 

Pasangan suami isteri yang berasal dari Nepal itu datang ke hospital bersama-sama selepas mangsa mengadu sakit perut selama beberapa hari. 

Ujian X-ray yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan kecederaan di dalam perut mangsa. Mangsa kemudian dibedah oleh lima orang doktor dan terkejut menemui kayu pencanai sepanjang 40 sentimeter di dalam usus mangsa. 

"Kami benar-benar terkejut dan tak menyangka kejadian seperti ini boleh berlaku. Kami hanya dapat melihat bayang-bayang objek ini sahaja dalam x-ray kerana kayu tidak dapat diimbas. 

"Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian perut dan boleh menyebabkan dia maut," kata salah seorang doktor yang membedah mangsa. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2iTl9uK
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.