Lapor Berita Harian Online, anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat pemeriksaan ke atas premis milik Jasni Shamsudin selepas video 48 saat itu viral di media sosial.
Jasni Shamsudin bagaimanapun tampil memohon maaf di atas kejadian malam Khamis itu dan telah mengambil tindakan tidak menjual lagi menu tersebut, membuang segala peralatan membuat tandoori dan roti naan sebagai langkah menjaga aspek keselamatan. Malah pekerja yang bertanggungjawab juga turut digantung kerja.
Jelas Jasni, ketika kejadian itu berlaku, pekerjanya yang bertugas di bahagian kiosk tersebut pergi ke dapur untuk mengambil bahan membuat roti naan dan kiosk ditinggalkan tanpa pengawasan antara 2 hingga 3 minit.
Tiba-tiba kucing jadi feymes Kredit: Jackiey Lee
Posted by The Reporter - MY on Thursday, 5 January 2017
Sementara itu, di ruangan komen Facebook Berita Harian Online pula mengkritik tindakan segelintir individu yang merakam video tersebut berbanding mengambil tindakan mengusir haiwan berkenaan.
"Maaflah ye. Pendapat saya, dari mereka rakam video kucing itu panjat dan makan, lebih baik mereka halau kucing itu turun dan bagi makan. Apa masalah mereka untuk berbuat demikian? Semua benda nak viral. Dah serupa macam orang tak ada akal nak berfikir," kata Nur Hazirah.
"Bila dah viral sampai kena tindakan, mesti bengang dengan kucing-kucing. Silap-silap dibantainya kucing itu, disiramnya dengan air panas. Jawablah di akhirat," kata Asmawati. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2ijHosN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment