Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Kedutaan Thailand nafi khabar angin produk makanan tin keluaran negaranya dicemari HIV


KUALA LUMPUR - Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur menafikan penularan berita palsu kononnya produk makanan tin keluaran negaranya itu dicemari virus HIV. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 29 Disember 2016, pihak kedutaan menafikan dakwaan kononnya Kerajaan Thailand telah mengesahkan bahawa produk makanan tin, terutamanya produk buah-buahan yang dikilangkan di Thailand telah dicemari virus HIV dan menasihatkan pengguna untuk tidak membeli produk tersebut. 

"Kami ingin menyatakan bahawa berita tersebut adalah palsu. Pihak Kerajaan Thailand atau mana-mana pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa. 

Berita palsu yang tersebar di media sosial dan WhatsApp
"Kami juga mendapati berita palsu itu juga pernah viral di Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan Filipina pada 2013-2014," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran berita itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Justeru, pihak kedutaan menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan lagi khabar angin tersebut. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2iJwGPr
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.