SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ini, saya tak nak berlaku pada baby-baby aktif yang lain. Tolonglah. Terima kasih kepada yang mendoakan Lily, jasa korang tak terbalas. Semoga cerita ini menjadi iktibar.
Aku mengharamkan mainan ini (rujuk gambar di bawah) sejak dulu. Aku pantang nampak benda ini. It's okay kalau dia dah direndam dalam air tapi kalau benih yang belum direndam itu, tolonglah buang! Aku menyesal, aku sangat menyesal.
Hari Jumaat malam, Iriss main benda ini. Tak tahulah dari mana dia dapat. Dia sorok-sorok. Kemudian benda itu tertumpah! Budak yang dalam gambar ini, nama dia Lily, aku lebih suka panggil Ica sebab tiap kali panggil Ica, dia akan toleh dan senyum.
Ica berusia 10 bulan, masih tak tahu apa-apa dan obses dengan makanan, semua makanan. Mungkin Ica ingat itu adalah makanan, lalu dimakannya. Bila aku sedar dia main benda itu, rupanya Ica sudah termakan sebiji dari benih itu tanpa pengetahuan aku!
Aku ini memang jenis peka dengan kesihatan anak-anak aku. Kalau tunjuk reaksi negatif, memang aku cepat-cepat bawa ke klinik. Kesan dari benda itu sangat cepat. Dalam tempoh dua jam, Ica muntah-muntah. Aku tak syak lagi, dia termakan benda itu. Aku ingat dia muntah kahak, tiga kali dia muntah pada malam Jumaat itu.
Hari Sabtu, aku cadang nak pergi Specialist Allen Batu Pahat, gigih aku bangun awal pagi. Sampai-sampai saja, klinik tutup. Aku patah balik pt raja. hari itu, Ica muntah 8 kali. Aku pergi klinik pt raja. Dia bagi ubat demam dan tahan muntah. Doktor cakap, Ica keracunan makanan.
Aku beri ubat itu tetapi Ica tetap muntah dan muntah. Allahuakbar, kuasa Allah itu besar. Hati aku asyik terfikir benda bulat ini. Walaupun kadang kala ada bisikan yang menafikan, tetapi perasaan aku benar. Benar-benar rasa yang ica termakan benda itu. Kuat hati aku mengatakan Ica termakan benda itu.
Hari Ahad pagi, aku pergi klinik Doktor Allen. Pagi itu sebelum jam 12, Ica muntah lima kali. Doktor bagi ubat tahan muntah dan demam. Lepas itu doktor kata Ica keracunan. Tapi Alhamdulillah, doktor pesan,
"I bagi you ubat tahan muntah. Sekali bagi cukup. Kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawa pergi ke hospital."
Aku bagi Ica ubat tahan muntah, dalam masa tiga jam, sampai jam 3 petang, Ica muntah lebih dari 6 kali (tak termasuk pagi Ahad itu). AKu terus pergi ke Putra Hospital. Ya, aku tak mampu cakap dengan doktor yang Ica termakan bendasing ini sebab aku tak nampak.
Ahad malam itu, hati aku meronta-ronta bagaikan menjerit. Kalau boleh malam itu juga aku nak call doktor yang merawat Ica dan beritahu bahawa Ica termakan benda ini. Ica dah muntah hijau. Hari Ahad, lebih 25 kali Ica muntah, Ica tak makan. Hari Sabtu Ahad, dia tak makan apa-apa pun. Semua keluar balik. Aku? Tak tidur. Berdoa tak lekang dari hari, semoga Allah pindahkan sakit itu kepada aku. Semoga Ica sihat seperti selalu. Ya Allah, rindunya pada si kecil itu.
Malam Ahad itu, Ica lemah sangat. Aku nekad beritahu pada jururawat apa kata hati kau. Dia beri Ica ubat tahan sakit dengan antibiotik. Ica tidur tetapi sekejap-sekejap bangun. Aku ingat lagi, petang Ahad itu, doktor cakap dah bagi ubat muntah paling kuat tetapi kenapa Ica muntah lagi?
Hari Isnin jam 8 pagi, doktor datang. Aku cerita semua pada doktor, padahal doktor datang tu, aku baru bangun tidur sebab letih sangat dah beberapa hari tidur sejam dua. Peduli apa air liur basi ke apa ke, aku tetap nak beritahu doktor yang Ica sebenarnya tertelan benda itu.
Alhamdulillah doktor itu ambil berat apa yang aku cakap. Dia suruh pergi buat x-ray, scan apa semua dan memang nampak usus Ica bulat. Usus dia tersumbat sebab ada benda sedang mengembang dalam usus dia. Allahuakbar, longgar lutut aku. Dengan suami aku tak ada (urus anak sekolah) nak tak nak aku kena hadap. Tiada masa nak cari bahu untuk menangis. Aku gagahkan juga senyum depan Ica. Dia menangis sambil tangan dia mengapai-gapai tangan aku. Aku peluk dan berbisik pada dia,
"Ica kena kuat sebab mama tak kuat"
Dia terus merengek perlahan-lahan.
Selepas scan semua, doktor pakar bedah datang. Allah, masa itu aku terus standby duit, angka-angka puluh ribu bermain dalam kepala. Ica mesti kena bedah. Doktor cadangkan hospital kerajaan, dia kata hospital kerajaan ada pakar terbaik. Doktor yakinkan aku, siapa aku untuk menidakkan kata-kata doktor? Aku pun setuju dengan saranan dia, aku redha dan berserah pada Allah. Hospital Sultan Ismail (HSI) menjadi pilihan doktor. Aku angguk, tak terdaya, tak makan apa pun dari pagi. Selera makan pun hilang.
Sejam selepas itu, ambulans sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah, ramainya orang. Aku takut kalau pembedahan Ica ditunda. Tetapi aku silap, Doktor perempuan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), pakar terbaik aku pernah jumpa. Kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. Setiap kata-kata dia membuat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa Ica dalam tangan dia.
Ica muntah, hitam. Doktor itu cakap, "Adik muntah? Sikit je ye dik. Sian adik". Lembut longlai hati aku dengar. Perasaan takut langsung hilang. Aku setuju nak buat pembedahan tetapi doktor terangkan satu persatu. Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak. Yang kedua, akan buang air besar menggunakan kantong beg untuk beberapa ketika. Luruh hati bila dengar penjelasan doktor.
Aku tandatangan segala surat. Make up aku? Tak ada. Dah macam orang gila aku, tahu tak? Aku bersila depan Dewan Bedah. Aku tunggu Ica, aku tak menangis. InsyaAllah, jika Allah izinkan, Ica akan kembali pulih. Aku percayakan doktor itu.
Selama 2 jam 30 minit aku tak berganjak dari depan Dewan Bedah, aku tunggu Ica. Akhirnya doktor panggil aku. Masuk saja bilik doktor, fuh! Terperanjat gila aku. Besar gila! Usus Ica bengkak. Nasib baik aku bawa Ica awal. Kalau sampai sel usus rosak, memang kena potonglah ususnya. Bersyukur berjuta kali ya Allah.
Pembedahan berjaya dan Lily stabil. Cuma sekarang dia tidur, belum bangun lagi. Bola itu menyerap air. Bola itu sangat seram bila tengok. Kau bayangkan bola itu bila kena air, dia menjadi kembang dan bila dipicit, dia akan musnah. Tapi yang ini, keras pejal dan semakin membesar. Tahu tak apa yang doktor cakap?
"Ada lebih besar dari ini!"
Aku tak tahu nak cakap apa, cuma bersyukur. Mungkin benda ini ada yang anggap remeh tetapi bila kau yang menghadapi benda ini, sumpah kau serik. Tolonglah, aku menyesal sangat sebab tak buang benda ini sewaktu ternampak Iris bawa masuk. Aku menyesal sangat! Tolong jangan ulangi kesilapan aku. Disebabkan kecuaian aku, perut anak kecil yang masih tak tahu apa-apa ini dah kena bedah. Sumpah menyesal!
Doakan Ica ye, supaya bangun dan usus pulih dengan baik. Terima kasih. - Ika Tieqa | The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2iav0dD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment