TAMPIN, NEGERI SEMBILAN - "Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel," demikian kata Mohd Dom Md Amin, 57, individu pertama yang menemui kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang ditinggalkan bersendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, tengah malam semalam.
Mohd Dom berkata, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan polis di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. Pegawai perubatan yang tiba, membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak pernah tahu akan kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, mangsa telah diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar dari hospital.
Siasatan awal mendapati, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang menjaga mangsa selepas ini.
Pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sedang menunggu laporan polis serta akan mengambil tindakan mahkamah terhadap ibu mangsa. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2i0q9vM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment