Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Awal perkahwinan guna tilam lipat bukan dosa, bila bahagia setiap malam senyum saja

Gambar hiasan | Foto - idawoks.blogspot.my/
Oleh Amir Syahir

Hidup Bahagia Selepas Kahwin

Pada pasangan muda yang baru berkahwin, pasti memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan kehidupan baru.

Hidup secara bersederhana pada hari ini tanpa perlu berhutang yang tidak perlu adalah lebih bahagia agar pada masa hadapan kita dapat melihat keluarga lebih ceria dan tersenyum mesra.

Banyak wang telah dibelanjakan untuk majlis perkahwinan. Jadi kau memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-3 tahun untuk 'recover' balik kewangan. Kalau majlis kahwin kau tu mak ayah taja tak apalah.

Mahu hidup bahagia selepas kahwin dalam segi pengurusan kewangan dan hartanah? Baca ini:
  1. Tilam lipat bukan dosa. Bila bahagia setiap malam senyum sahaja.
  2. Tetamu datang duduk bersila perkara biasa. Tak perlu beli sofa berhutang dekat Courts atau kedai perabot.
  3. Makan bersila tanpa meja makan indah belaka. Jika masakan isteri sedap sehingga menjilat jari.
  4. Suami ada kereta bagi isteri pakai, suami naik motor pergi kerja. Tak perlu beli kereta baru.
  5. Beli rumah apartmen kos medium bahagia juga. Isteri tak penat bersihkan rumah besar yang mengalahkan istana.
  6. Satu rumah untuk duduk guna gaji suami. Satu rumah untuk pelaburan guna gaji isteri. Tak perlu beli rumah ada kolam renang sampai perlu gabung pendapatan.
  7. Tak perlu beli televisyen lebar sedepa, tak perlu beli speaker sama tinggi dengan tinggi bini. Berbual dengan isteri tercinta lebih bahagia.

Mulakan hidup berumah tangga secara sederhana supaya keluarga kita lebih bahagia pada masa hadapan. Ramai pasangan bercerai disebabkan faktor kewangan. Jadi kau kena ambil berat tentang pengurusan kewangan. Siang malam gaduh pasal duit tak cukup susah juga. Banyakkan membaca tentang pengurusan kewangan yang berkesan ye.

Antara perabot DIY saya. Kejuruteraan pertukangan saya memang kelaut. Rak kasut itu main paku saja. Meja ruang tamu yang zero modal. Hahaha | Foto - Amir Syahir
Bukan tak boleh beli itu ini selepas berkahwin. Tapi tahan dulu untuk sementara waktu. Jangan beli secara hutang. Ini tidak, satu barang rumah beli secara hutang.

Mulakan buat tabung simpanan suami isteri. Jangan simpan hati yang terpilu ye, tapi simpan wang untuk beli rumah, buat pelan pendidikan anak-anak, melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan sebagainya.

Yang nak kahwin tahun ini, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah saya doakan. Jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak kahwin ye. Nanti anak dah masuk tadika, hutang belum habis bayar lagi.

Dikongsi di The Reporter dengan keizinan penulis asalnya, Amir Syahir


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2iHmTZY
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.