Kenapa dan apa sebab wanita perlu tidur lebih lama dan lebih banyak daripada kaum lelaki? Adakah anda tahu, mengikut satu kajian oleh pakar dari USA mendedahkan bahawa kalau wanita memerlukan masa yang lebih banyak daripada kaum lelaki untuk memulihkan semula otaknya yang bekerja keras di siang hari.
Perempuan yang tidak mendapat tidur yang cukup cenderung untuk mengalami kemurungan dan sering marah-marah. Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kaum lelaki. Menurut kajian itu juga turut mendedahkan bahawa faktor kurang tidur akan meningkatkan risiko sakit jantung, sakit mental, strok dan radang dalam tubuh badan.
Perempuan yang kurang tidur cenderung untuk mendapat radang yang teruk sehingga menyebabkan badan terasa sakit ketika bangun dan seterusnya memjejaskan kesihatan dan fokus. Mengikut pandangan Dr. Michael Breus, kaum wanita bagaimanapun boleh mengelak masalah ini dengan power nap iaitu tidur sekejap pada waktu siang (tidak melebihi 90 minit).
Semasa tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada waktu siang hari, maka lebih banyak ia perlukan masa untuk pulih dan lebih banyak tidur di perlukan.
Oleh sebab itu, anda kenalah faham sebab wanita perlu tidur lebih lama dan banyak daripada kaum lelaki. Jangan pula anda terus menganggap mereka sebagai pemalas.
Baca lagi »
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2jm1q5S
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment