Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Anak Hilang Di Pasar Raya, Penyanyi Siti Sarah Bagai Nak Gila

Anak Hilang Di Pasar Raya, Penyanyi Siti Sarah Bagai Nak Gila

sarah

Penyanyi Siti Sarah melalui detik menakutkan dan getir buat dirinya sebagai ibu semalam.

Ini apabila anak kedua, Zakira Talita Zahra hilang di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Kejadian cemas itu berlaku pada Selasa 3 Januari sewaktu mereka sekeluarga berjalan-jalan di Bukit Bintang.

Ketika itu, Sarah bersama suami, Shuib Sepahtu dan anak-anaknya.

Ini komennya: (Mangga Online)

“Masa itu Talita berada dengan saya yang tengah pilih-pilih baju di mall tersebut. Shuib pula dengan ahli keluarga lain di tingkat lain dalam mall yang sama.

“Tiba-tiba tak sampai lima saat, Talita hilang dari pandangan. Saya dan Shuib terus bergegas ke bahagian keselamatan mall untuk melihat CCTV arah mana anak berada.

“Namun, ada beberapa kamera CCTV tidak berfungsi baik dan kami tak dapat melihat dengan jelas siapa yang membawa lari anak.

“Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Bagai nak gila rasanya… Nyawa macam nak hilang dah… muka rasa tiada darah dan kaki pula macam tak terasa bila berjalan.

“Kemudian abah (Raissuddin Hamzah) pergi ke monorel di depan mall dan bertanyakan pengawal di situ.

“Akhirnya, pengawal maklumkan ada seorang budak perempuan menangis ditemui depan monorel.

“Syukur sangat, walau sejam mencari akhirnya Talita berjaya ditemui. Bila ditanya, dia beritahu ikut orang lain yang baik.

“Saya dan suami tak dapat nak lihat jelas siapakah orang itu yang membawa lari anak kami?

“Selepas kami dapat tahu siapakah orang tersebut, kami mahu ambil tindakan selanjutnya,”

Luah Perasaan Di Instagram

Ini perkongsian dari Siti Sarah di laman media IG:

Cinta hati ibu…

Semalam satu pengajaran dalam hidup saya ..

Zakira talita zahra hilang di sebuah komplax membeli belah d kuala lumpur!

Ianya hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa org nk ckp. Nk kta ikat kucing ke, ikat ke, janji ank ibu tak hilang.

Bila saya tnya Talita ckp “Talita ikut org baik”.

Walaupun sblm ni puas saya ingatkan anak2 supaya jgn ikut org yg tidak dikenali, tp mereka hanyalah anak kecil.

Siapalah saya utk beri peringatan, tp bermula dr kes inilah saya akan mngikat anak saya tanpa saya peduli apa org nk kata. Janji anak2 saya selamat. Kalau ada yg jual harness tu tolong bagi tau kat sini

Terima kasih kepada puan Aisyah stuff monorel yg manjaga Talita

The post Anak Hilang Di Pasar Raya, Penyanyi Siti Sarah Bagai Nak Gila appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2j7r5iC
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.