Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Amaran Bahaya Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir

Amaran Bahaya Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir

buaya

Pihak berkuasa di selatan Thailand menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari sebuah zoo.

Buaya berkenaan terlepas akibat banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Nakorn Si Thammarat adalah antara 10 wilayah di selatan Thailand yang teruk terjejas oleh banjir.

Sehingga kini, bencana alam itu meragut 12 nyawa serta menyebabkan 744,422 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Para pegawai juga sedang berusaha menyelamatkan haiwan lain dari zoo itu yang kini dinaiki air.

Kisah buaya terlepas menjadi heboh apabila media tempatan ternampak reptilia itu berenang di kawasan sekitar zoo ketika mereka merakam gambar dari udara hari ini.

Zoo di Thailand mempunyai lebih kurang 10 buaya, sesetengahnya berukuran lebih lima meter panjang, di samping haiwan lain.

Hujan lebat sejak 1 Januari hingga hari ini menyebabkan banjir kilat melanda banyak kawasan di selatan Thailand dan memaksa sebuah lapangan terbang di Nakhon Si Thammarat ditutup.

Berikutan itu, 26 penerbangan dibatalkan dan beratus-ratus penumpang terkandas. Lapangan terbang itu masih ditutup hingga kini.

Gabenor bandar itu menyifatkan banjir kali ini adalah yang paling buruk di wilayah berkenaan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Banjir teruk itu turut mengganggu perkhidmatan kereta api dan bas ke selatan Thailand.

10 wilayah di selatan Thailand yang terjejas oleh banjir ialah Pattalung, Narathiwat, Yala, Songkhla, Pattani, Trang, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Chumphon dan Ranong.

Destinasi pelancongan Koh Samui dan Koh Phang Nga juga terjejas oleh bencana alam itu. – PENMERAHDOTCOM

The post Amaran Bahaya Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2iNksoP
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.