Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

(Video) 'Lu Silap Masuk Kampung'


KUALA LUMPUR - Padah mengacu senjata tajam pada kanak-kanak perempuan, seorang penyamun ditangkap dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Dalam kejadian semalam, suspek yang dipercayai baru saja keluar dari penjara, ditahan ketika memecah masuk rumah mangsa pada waktu siang. 

Menurut sumber, tuan rumah pada awalnya masih boleh bersabar. Namun disebabkan suspek mengacu pisau terhadap anak perempuannya menyebabkan suspek dibelasah. Suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila berjaya ditangkap penduduk di kawasan tersebut. 

"Suspek baru keluar penjara tetapi buat hal lagi. Suspek juga mengaku melakukan kegiatan pecah rumah di waktu siang di kawasan Ampang, Bukit Antarabangsa, Keramat, Setapak dan Wangsa Maju," kata sumber. 


Posted by AJ Azril on Saturday, 17 December 2016

Difahamkan, satu barang kemas milik mangsa dilaporkan hilang. 

"Pada surirumah dan kaum wanita yang berada di rumah pada waktu bekerja, pastikan pintu rumah berkunci dari dalam kerana suspek memiliki 'master key' untuk membuka selak, grill dan pintu rumah mangsanya," katanya.

Suspek yang cedera dibelasah sehingga matanya tidak dapat dibuka telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di klinik sebelum dibawa ke balai. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2h2lwpd
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.