Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

TAK BAHAYA KE BAGI ANAK WAP AIR BAWANG PUTIH?

Sebelum ini viral satu post seperti gambar yang kami kongsikan ini

Dalam Post tersebut ada menunjukkan cara-cara untuk menghilangkan kahak pada kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menggunakan wap air(Steam Inhalation) yang dicampurkan dgn bawang putih.

Sebenarnya pada tahun lepas pun telah viral post yang sama. Dan ada sepasang ibubapa yang mengikut cara rawatan tersebut. Hasilnya anak mereka dimasukkan ke dalam hospital sebab mempunyai masalah pernafasan. Keadaan ini berlaku sebaik sahaja mereka mengikut cara rawatan tersebut. Nasib baik mereka cepat dtg ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Harap kejadian ini menjadi iktibar kepada ibubapa yg lain

SALURAN PERNAFASAN KANAK-KANAK ADALAH SANGAT SENSITIF

Kanak-kanak mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil berbanding dengan orang dewasa. Ketika mana berlakunya selsema yang mungkin disebabkan jangkitan virus, saluran pernafasan kanak-kanak akan menjadi semakin kecil disebabkan lendir yang dihasilkan pada dinding saluran pernafasan tersebut.

Penggunaan wap panas yang mempunyai benda asing seperti bawang putih boleh mengganggu saluran pernafasan. Ini kerana lendir yang terhasil akan menjadi semakin banyak dan otot saluran pernafasan pun akan menjadi semakin sensitive. Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan saluran pernafasan bayi semakin kecil dan mengganggu pernafasan bayi

Bagi pendapat saya, rawatan dalam post tersebut adalah sesuatu yang berbahaya untuk di amalkan. Jika orang dewasa nak mengamalkannya mungkin boleh, tetapi tidak bagi kanak-kanak kecil yang masih mempunyai saluran pernafasan yang tidak matang

KEBAKARAN PADA BAHAGIAN MUKA(FACIAL BURN INJURY)

Bukan setakat itu, kajian telah dibuat dan menunjukkan penggunaan wap air ini boleh menyebabkan ‘burn injury’ kepada bayi. Jika ‘burn injury’ itu berlaku pada bahagian lain selalunya tiada masalah, tetapi ‘burn injury’ yang melibatkan bahagian muka adalah sesuatu yang berbahaya kerana ia boleh melibatkan saluran pernafasan.

Disamping itu, tiada lagi kajian yang benar-benar membuktikan penggunaan wap air ini benar-benar membantu

Lagipun tidak perlu memberi ubat kepada kanak-kanak yang berkahak. Terutamanya kanak-kanak yang kurang daripada 5 tahun. Ini kerana kajian telah membuktikan ubat tersebut tidak berkesan bagi kanak-kanak kurang daripada 5 tahun.

Oleh itu, kanak-kanak yg mempunyai batuk berkahak, selalunya kita nasihatkan ibubapa untuk perhatikan sahaja dahulu kanak-kanak tersebut. Jika pernafasan semakin laju, tidak aktif ataupun batuk lebih daripada seminggu, maka perlu berjumpa dengan doktor

***sebagai tambahan cara cupping yg diajarkan dalam post tersebut boleh digunapakai.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science


Sumber: RootOfSience

Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hyISTy
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.