JAKARTA - Berang dikenakan saman trafik, seorang wanita menyerang dan mengoyakkan seragam seorang anggota polis trafik.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Jakarta dirakam oleh orang awam.
Berdasarkan video, wanita terbabit dilihat cuba merampas surat saman anggota berkenaan selain menarik seragamnya sehingga terkoyak.
Meskipun diserang dengan ganas, anggota berkenaan masih bersabar malah cuba mengelakkan dari terus berdepan dengan wanita yang hilang kewarasan itu.
Malangnya, wanita itu terus menerus mengasak anggota terbabit sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pengguna jalan raya yang lain mula membunyikan hon agar wanita itu berhenti dan mengalihkan kenderaannya.
Lapor Daily Mail, wanita itu dipercayai dikenakan saman kerana memandu di lorong bas. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2gMks8Z
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment