Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Garam Buluh & Kopi Mineral

Garam buluh atau Jookyeom adalah penyediaan garam dengan cara tradisi Korea yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat. Garam ini juga digunakan secara tradisional untuk menjadi penawar pelbagai penyakit.

Garam buluh diperoleh melalui pemanasan garam laut yang diisi ke dalam batang buluh yang kemudiannya ditutup dengan tanah liat merah. Buluh berisi garam ini akan dibakar berkali-kali menggunakan haba yang sangat tinggi. Keadaan ini menyebabkan pelbagai mineral dari buluh yang terbakar dan mineral dari tanah liat merah tersebut meresap ke dalam garam dan menyebabkan warna garam kemerahan.

Image result for bamboo salt

Garam buluh ini digunakan sebagai bahan kosmetik untuk penjagaan kulit dan digunakan sebagai campuran untuk mandian. Ia juga digunakan untuk merawat luka kecil dan sakit gigi. Garam ini juga dipercayai bersifat antiinflamasi dan digunakan untuk merawat jangkitan kuman dan fungus.

Terdapat juga beberapa kajian untuk mengetengahkan bahan ini sebagai antikanser dan antiobesiti. Namun, potensinya masih diperingkat sel in vitro dan tikus makmal.

Image result for bamboo salt cancer

Tidak dinafikan garam buluh ini mempunyai khasiat yang banyak dan telah digunakan selama ribuan tahun. Namun garam adalah garam adalah garam. Pengambilannya haruslah dikawal dan digunakan dengan sederhana.

Walaupun kaya dengan pelbagai mineral seperti kalium, kuprum, zink (sekadar menyebutkan beberapa contoh) dan tinggi dengan sulfur, garam buluh adalah 90% atau lebih Natrium klorida seperti garam biasa.

Image result for salt

 

Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang contohnya sangat perlu berhati-hati dengan pengambilan garam yang akan menyebabkan bebanan pada ginjal mereka.Pengambilan garam berlebihan akan menyebabkan tubuh menyimpan air untuk menstabilkan osmosis.

Pesakit yang mempunyai masalah jantung juga disaran untuk berjaga-jaga dengan pengambilan garam dan air kerana masalah yang sama. Jadi pengambilan garam buluh ini mungkin adalah tidak sesuai.

Image result for minuman 3 in 1 bahaya

Selain itu, kemunculan jenama-jenama yang menawarkan kopi pra-campur dalam peket adalah amat membimbangkan.

Anda pasti sudah membaca tentang bagaimana pengambilan minuman pra-campur (minuman 3-in-1, 2-in-1) yang tidak begitu bagus untuk kesihatan. Minuman ini biasanya mempunyai paras gula yang tinggi. Ada juga yang menggunakan pemanis bukan gula. Namun, kebanyakan minuman ini menggunakan krimmer bukan tenusu dari pepejal lemak sawit.

Image result for non dairy creamer

 

Jika anda meyakini kelebihan garam buluh untuk kesihatan, gunalah ia dengan berpada-pada. Ada kes hypernatremia (tinggi kandungan natrium) telah dilaporkan akibat pengambilan garam buluh secara berlebihan. Gunalah garam buluh dengan mencampurkannya dalam masakan, makanan atau minuman anda. Lebih baik dari mengambilnya dengan kopi pra-campur. Bahkan lebih murah juga!

 

 

Ju HJ, Bae HJ, Choi DE, Na KR, Lee KW, Shin YT. Severe Hypernatremia by Excessive Bamboo Salt Ingestion in Healthy Young Woman. Electrolytes & Blood Pressure : E & BP. 2013;11(2):53-55. doi:10.5049/EBP.2013.11.2.53.

Kim, N., Nam, S., Ryu, K., Kim, H., & Jeong, H. (2016). Effects of bamboo salt and its component, hydrogen sulfide, on enhancing immunity. Molecular Medicine Reports, 14, 1673-1680. http://ift.tt/2huEANg


Sumber: RootOfSience

Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hLGipr
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.