JOHOR BAHRU - Padah menulis perkataan 'Babi' pada kertas saman trafik yang dikenakan, ibu tunggal berusia 53 tahun didenda RM100 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut, oleh Mahkamah Majistret, hari ini, lapor.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Tan Yeoh Foong, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Mengikut kertas pertuduhan, Tan Yeoh Foong dari Permas Jaya, Masai, didakwa telah menggunakan perkataan 'Babi' yang ditulis pada kertas saman trafik yang diserahkan kepadannya bagi tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.
Tan melakukan perbuatan itu di Jalan Tun Abdul Razak, pada jam 8.55 malam, Selasa lalu.
Tan yang memakai baju berwarna merah jambu hanya tertunduk memandang ke bawah ketika pertuduhan dibacakan dan mengangguk kepalanya sebelum mengaku bersalah.
Menurut peguam yang mewakili Tan, Chuah Shyue Chien berkata, Tan tidak bekerja dan mengalami anemia yang mana membuatkan anak guamnya itu berasa lemah dan emosi tidak stabil. Chuah juga menjelaskan bahawa Tan telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi di masa akan datang.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir menggesa mahkamah menggenakan denda maksimum RM100 bagi kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.
Tan telah membayar denda yang dikenakan pada hari ini. - The Reporter
Sumber: Harian Metro & New Straits Times
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2hQvQwF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment