Taknak Tukar Kad ATM Pun Takpe Jika Taknak Guna Kad Debit & Pay Wave.
Ia ditulis oleh : Ahmad Hafir.
OHH DEBIT CARD.
Sejak dua menjak ni boleh dikatakan semalaya bercerita pasal debit card. New World Order sikit-sikit dah mula tunjukan kekuasaannya melalui bank. Ini berkaitan dengan permainan dunia,saya tak mahu ulas lebih.
Cuma, nak share apa yang saya nampak depan mata & saya faham.
1) Bank berjaya triger situasi panik pada rakyat malaysia terutamanya warga tua.
2) Orang beratur punya ramai nak tukar kad dan nombor giliran habis jam 10am .
3) Makcik-makcik datang dari jauh sewa teksi bayar mahal-mahal beratur kat bank untuk dapatkan nombor tukar kad tapi hampa sebab nombor habis.
4) Tak putus asa esok datang lagi, bayar lagi kos minyak kereta,beratur lagi kali ni dapat nombor, alhamdulillah dapat nombor "1097" sekarang nombor baru "1042".
5) Yang tua dengan yang muda sama beratur,tak ada spacial lane untuk warga emas.makcik cakap kalau tak tukar kad nanti tak boleh nak ambil duit gaji felda sebab masuk bank.
6) Mak saya cakap kalau tak tukar kad nanti tak dapat "BR1M" 2017.
- Perlu ke tukar kad baru sebenarnya?
- Warga emas buat belian online yang guna debit kad ke?
- Call HQ beri tahu kalau tak buat penukaran pun masih boleh keluarkan duit cuma tak boleh guna fungsi DEBIT KAD & PAY WAVE sahaja.
- kenapa nak momokan penukaran kad baru tahun 2017 akan di cas RM12++ bukan ke selama ni setiap kali penukaran kad akan didebit dalam akaun?
- Kenapa tak ada siapa terangkan?
- Kenapa pekerja bank tak berusaha semaksima mungkin untuk terangkan?
- Kenapa tak keluar dari pintu bank terangkan pada orang ramai? Buang rasa malu. Ini kerja mulia.
- Kenapa tiap staff bank tak nak gunakan personal FB masing-masing buat pencerahan?
- Kenapa tak kesian pada orang yang kurang bijak dalam hal ni?
Kalau yang baca ni perihatin sampaikanlah pada orang sekeliling supaya reda situasi panik. .
Kesian sunguh pada makcik-makcik,depa bukan orang senang cuma depa sangat takut kalau hilang duit,percayalah seringgit pun depa tak mahu hilang kena tipu. . . .
Ye faham trend ni kita dah tak boleh nak ubah,tapi bolehkan kalau kita mudahkan.. .
Tuan-tuan undang-undang wujud sebagai guide line dan batasan sahaja.tak boleh ubah sedikit pun apa yang menjadi pegangan kita.
Boleh je share post ini kalau rasa tempat anda pun ada situasi panik macam ni.
Kira dah jadi fardu kifayah untuk kita membantu
-------------
Info : Penulis cuba menghubungi pihak Maybank, CIMB dan Bank Islam bagi mendapatkan respon tentang penggunaan kad ATM selepas tahun 2016 namun gagal kerana talian sibuk.
Manakala, penulis berjaya mengesahkan dengan pihak Bank Rakyat. Bank Rakyat mengatakan kad ATM tetap boleh digunakan seperti biasa selepas tahun 2016 berakhir kerana kad ATM dan kad Debit bagi Bank Rakyat berbeza. Debit digunakan untuk pembelian online manakala ATM tidak boleh digunakan secara online.
Sumber : Mediahub
from I Am Kiram http://ift.tt/2gLZBT9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment