Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Tak Serik Menipu..'


JOHOR - Seorang penjual minyak belacak mengalami kerugian sebanyak RM2,790 selepas ditipu oleh seorang ejen jualannya, baru-baru ini. 

Hazwan Harun, 28, membuat laporan polis di Balai Taman Johor Jaya, selepas tempoh masa yang diberikan kepada ejennya, Hana, untuk membayar semula wangnya itu tamat pada malam Khamis lalu. 

"Sebelum ini, urusan saya dengan dia berjalan dengan lancar. Namun sejak bulan Oktober, terdapat banyak barang yang saya sudah hantar, namun wangnya tidak diberikan kepada saya," katanya. 

Difahamkan, ramai yang sudah menjadi mangsa kepada wanita ini dan pernah viral di media sosial dalam kes penipuan pakej pelancongan, top up, jual mesin jahit, buat blog dan banyak lagi. 

"Serius semalam dah fikir banyak kali nak viralkan atau tidak gambarnya. Tetapi hari ini ramai yang menghubungi saya bahawa pernah menjadi mangsanya. Rupa-rupanya dia memang sudah lama buat kerja seperti ini. 

"Dia kantoi tipu resit selama tiga bulan. Dia hantar order lain-lain customer, tetapi dia kitar semula dengan menggunakan screentshot resit yang sama. Caranya, dia hantar semua order yang sama nilainya, kemudian dia ulang resit itu berkali-kali," kata Balkhis Bokari, isteri kepada Hazwan. 

Balkhis mengakui dia tidak menyedari penipuan itu, menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM2,790.  

Terdahulu, Hana tidak mengakui dakwaan itu. Bagaimanapun, akhirnya meminta diberikan masa untuk membayar balik secara ansuran RM50. Malangnya, permintaannya itu tidak diendahkan. 

Tolong VIRALKAN jika anda xnk jd mangsa seterusnya. Serius semalam aku pikir byk kali utk viral atau tidak pic dia,,tp...
Posted by Balkhis Bokari on Friday, 16 December 2016

Ekoran kejadian yang tidak disangkakan itu, Balkhis telah memuat naik gambar ejen berkenaan dan segala gambar bukti yang berkaitan, agar orang ramai terutama para peniaga online yang lain berhati-hati dengan wanita berkenaan. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hHFAKa
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.