Videos

Find Us On Facebook

Semasa

SERAM… Hijab Lelaki Ini Terbuka Dan Apa Yang Dia Selalu Nampak Hampir Buat Dia Jadi MURTAD !!!

SERAM… Hijab Lelaki Ini Terbuka Dan Apa Yang Dia Selalu Nampak Hampir Buat Dia Jadi MURTAD !!! | Assalamualaikum, nama aku Man, usia lingkungan 20an. Ye, aku ex-uia. Aku mula alami gangguan makhluk halus sejak umur 9 tahun. Ustaz aku kata hijab aku dah terbuka. Dari subuh ke ishak aku akan nampak kelibat2 tertentu terutamanya dekat sekolah. Tapi penampakan tu tak lama, bukannya setengah jam kau nampak benda tu macam dalam drama2 tv tu. Munafik je semua tu. Kita bukan Tuhan untuk nampak makhluk ghaib selama tu dan sehebat tu. Penglihatan kita terbatas.

Mula2 benda tu macam berminat nak tunjukkan diri di balik pintu, dalam bilik air, atau ceiling rumah, tapi lepas tu aku mula nampak benda2 yang ada dekat orang. Dari belaan kepada gangguan. Aku mula nampak semua. Dah berbelas pusat rawatan islam aku pergi, ada jugak sesat ke mbah dukun sebab pakcik aku suka bawa aku,mak aku, abang aku jelajah2 ni. Dah sampai sana baru aku tahu mbah dukun yang dia bawak kitorang jumpa. Mulalah dia mintak pelik2 ayam hidup ke bangkai ayam. Balik tu semua istighfar beramai-ramai menginsafi kekhilafan diri.

Aku ke Darul Shifa’ cawangan Bangi, bertukar angin, kot2 serasi dan hijab aku boleh ditutup semula. Tipulah kalau aku kata aku tak takut, umur aku masa tu 10 tahun kot, menggigil badan2 kalau benda tu menyeringai. Aku tak boleh tidur sendiri sebab nanti aku kena tindih atau kedudukan aku diubah dari katil ke ruang tamu. Gangguan yang aku alami ni melibatkan satu keluarga aku (kitorang 3 beranak je, aku, mak dengan abang.) selalu jugak dia main ketuk2 pintu, keluarkan sound effect dari dapur bunyi macam orang memasak atau baling2 kaca. Dia buat macam rumah dia sendirilah senang citer kan.
Penjelasan yang sama, Darul Shifa’ kata ada benda yang aku buat mungkin, atau aku terima dalam mimpi menyebabkan hijab aku aktif. Tapi aku terlalu muda masa tu dan diorang tak boleh nak suka2 hati je cakap benda ni dari mana.

Yup, darul shifa’ antara pusat rawatan yang aku salute sebab tak mudah men’sakakan keturunan orang. Good job!
Tahun berlalu. Aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Masa nilah gangguan aku semakin berat. Aku mula nampak kelibat paderi Kristian dalam rumah, asrama, atau ke mana2 aku pergi. Aku tak tau apa dia nak. Kat tangan dia ada macam kitab, aku syak bible. Dia hanya akan pandang aku dan senyum, not even a word. Jadi tugu kat depan kelas, depan rumah, dalam bilik. Tu jelah kerja dia.

Aku bagitau mak aku,(ayah aku meninggal dunia masa aku 6 tahun) aku kerap mimpi masuk ke dalam gereja dan dengar orang nyanyi lagu2 ketuhanan Kristian. Dan dalam mimpi aku, ada sorang lagi budak perempuan. Muka melayu. Dia menangis kat dalam gereja dan pandang aku macam minta tolong, tapi ada sorang paderi baju hitam dengan salib kemain besar tergantung kat leher akan bawak dia ke tempat lilin kat tengah gereja. Budak perempuan tu sambil jalan menoleh ke belakang pandang aku sambil nangis. Aku pun menangis tengok dia tapi aku tak boleh bergerak, kaki aku macam kena paku kat situ. Selalunya aku akan terjaga sebab bunyi azan, rumah aku depan masjid.

I told Mak about the dream and the girl. Mak kata tu mungkin kesan daripada gangguan yang aku alami, don’t think too much or take it seriously. jadi kena banyakkan amalan harian macam solat sunat dan mengaji. Aku tak rasa macam tu! Aku tahu, paderi tu nak sampaikan sesuatu seperti dakyah ke agama Kristian? Dan budak perempuan tu? Kenapa dia ada dalam mimpi2 aku, ni bukan cinta pandang pertama guys. Kalau korang pernah alami gangguan korang akan faham antara tandanya adalah mimpi yang berulang.

Perlahan2 aku mula belajar pasal selok belok agama kristian. Pasal perjanjian baharu dan lama kitab bible, aku mula belajar daripada kawan2 chinese aku. Lepas tu aku bandingkan kalam dalam tu dengan Quran. Aku bukannya belajar sebab taksub dengan agama tu, agama aku masih Islam, aku solat dan mengaji. And yes, aku hafaz Quran dan berjaya tamatkan masa usia 13 tahun. Cuma aku nak tahu apa kaitan paderi tu, mimpi2 aku dan kitab kat tangan dia tu. Setiap kali kalau aku mimpi masuk dalam church, akan ada suara dari belakang tapi tak berwajah dia panggil aku SABIL. Dia kata tu nama aku, Man bukan nama aku. Aku makin bingung. Mak aku tertukar anak ke apa masa lahirkan aku kat hospital dulu?

Usia 16 tahun – Aku mimpi dia sekali lagi, budak perempuan tu. Tapi kali ni dia dah muda dewasa. Cantik, hidung mancung dan rambut yang hitam perang. Sekali lagi, ni bukan cinta pandang pertama. (Kinda life journal). Scene yang sama, tempat yang sama. Dia masih kena tarik ke depan gereja sambil menangis, sumpah suara dia menangis buat aku sebak sebab seolah-olah dia tak rela dengan semua ni. Dia cuba protes bila kena tarik, tapi paderi tu sentap tangan dia ke depan. “Sabila!” paderi tu jerit nama dia. Sabila?
Sampailah usia aku 17 tahun, aku nak duduki SPM aku mula rasa sesuatu tak kena. Aku hampir2 tak seat for spm sebab sakit aku melarat.

Aku mula mengaku aku beragama Kristian, Isa anak Tuhan dan Ibu aku Maryam. Mak dengan abang aku sampai menangis takut aku salah belajar atau ambik ilmu yang bukan2 as aku budak silat. Kali ni diorang bawa berubat sampai ke johor sebab pakcik aku suggest kan aku minum air penawar 7 masjid dan sebagainya di sana. Aku siap kena mengucap semula sebab keluarkan qaul kufur. Bila aku sedar, aku okey. Aku mengaku aku Islam dan tuhan aku Allah. Cuma bila benda tu datang, aku akan mula jadi macam tu. Keadaan akan tak terkawal.

18-19 tahun – result spm aku melayakkan aku masuk UIA, ambik kos yang aku minat
Alhamdulillah. Bagi aku ni berkat doa mak abang aku. Masa minggu orientasi kerap jugaklah aku kena kacau. Kadang2 dengar benda tu provoke aku mengaku aku bukan islam. Kadang2 aku dengar orang menjerit kat telinga aku setiap kali lepas asar. Aku masih mimpi dia, budak perempuan tu. Mungkin usia dia lingkungan aku je pun. Cuma suasana berubah, dia dengan tudung labuh warna hitam ikut aku ke mana2 je aku pergi.

22 tahun- Satu hari keadaan aku teruk. Aku tak tau apa yang jadi tapi nasib baik masa tu aku balik rumah. Aku kena angkot ke negeri 9.ustaz dekat negeri 9 ni suruh aku berdialog dengan benda tu. Cuba tanya dia apa yang dia nak daripada aku dan sebagainya. Aku bukan tak cuba, aku dah cuba. Tapi ‘dia’ tak pernah bagi kerjasama macam crush kekal rahsia je dekat aku. aku confius korang tahu. Agenda atau apa sebenarnya? ustaz kata kita terpaksa guna cara lain. benda tu tak boleh masuk badan aku dan kuasai aku sepenuhnya sebab aku ada puasa dan ayat quran. Jadi cara lain adalah dengan bantuan salah seorang perawat lagi, dia minta benda tu masuk ke badan laki ni dan dialog bermula.

Abang aku siap record keadaan masa tu macam mana, mak aku duduk dekat penjuru rumah tu. Ada beberapa pesakit yang tengah duduk tunggu giliran dekat anjung rumah, dan aku berada di tengah2 ruang tamu tak berkerusi. Muka aku biru macam takda darah. Lelaki yang jadi perantara tu duduk bersila depan perawat. Aku pun takut masa tengok video tu balik walaupun background music semua takda tapi suasana dia tu macam filem Ahmad Idham, hantu bersepah!

“Siapa kau?!” ustaz tu pekik kuat, dia memang tak berlembut dengan jin setakat yang aku tahu, tu cara dia merawat. Laki tadi duduk masih berdiam. Dia senyum, sebijik macam paderi tu senyum. Orang kata senyum ada makna. “Aku tanya sekali lagi, siapa kau?” dia diam. Ustaz tu buat isyarat untuk pukul guna kain dia, tiba2 laki tu tunjuk tangan berhenti.

“Aku nak dia murtad!” dengarlah beberapa suara dekat belakang tu istighfar, bertahmid tasbih bagai lepas ‘benda’ tu buat pengakuan macam tu.

“Apa agama kau?” sekali lagi ustaz ajukan soalan.

“aku Kristian, aku bukan islam. This boy is muslim no more.” Dia mula cakap inggeris. Lepasan penang high-school ke,bang? Mak aku kat belakang buat drama anakku muslim atau tidak dengan abang aku, sampaikan perawat tu tenangkan dia. Dia cakaplah tu bukan aku, tapi benda lain.

“kenapa kau nak dia murtad?” sekali lagi dia gelak kuat. Suara dia kuat semacam, pecah speaker abang aku. Ye, fon murah korang,bukan speaker Sony .

“kalau dia tak murtad, tuan aku tak bagi aku makan. Murtad, murtad, murtad, murtad, murtad, murtad murtad! hahahahahahahaha!” dia gelak kali ni, sambil bawak berzikir kalimah murtad. Abang aku cakap masa ni beberapa pesakit yang ada anak kecik diarahkan balik dulu ke rumah sebab takut jadi benda lain. jin yang ada dalam badan lelaki tu, jin yang sama ganggu aku, bukan sebarang jin. Tapi jin yang dihantar oleh seorang paderi Kristian sebagai sihir untuk murtadkan orang2 islam.

Ye. Ni yang berlaku.
Ustaz tu detect benda ni melalui tanda2 yang aku ceritakan. Dari mimpi, kepada kelibat sampailah semuanya yang berlaku dalam hidup aku. Dan lebih mengejutkan ustaz cakap ni bukan kes yang pertama, ramai dah anak2 islam kita ni tersalah minum air, tersalah makan sampai ada yang begitu mudah tukar agama. Wallahu’alam, tapi tu yang diorang cakap.

Tiba2 ustaz tu berdiri, dia hempas kain dia ke lantai sambil takbir, seorang perawat azan. Masa tu aku tiba2 berdiri dan tangan aku terdepa sendiri seperti lambang salib (ala2 video clip I’m flying without wings-westlife). Aku terhempas ke dinding rumah tu, macam kena salib.

Kamera abang aku focus ke aku lepas tu rakam balik keadaan lelaki tadi. Dia menggelupur tahan sakit sambil menjerit. Suara dia dari lelaki jadi perempuan, lepas tu jadi lelaki balik. Scene tengah climax but my brother chose to cut it then. My mom was crying like hell seeing me in that condition. Dia lari ke arah aku suruh mengucap dan cuba jatuhkan tangan aku, tapi tangan aku keras. Hidung aku berdarah,banyak. Aku sebut Allah beberapa kali. Suara abang aku mengucap masa tu buat aku tersedar, aku rebah.

4 hari kitorang kat negeri 9, baru kitorang balik KL. Badan aku sakit tu jangan cakaplah, tuhan je yang tahu. Sepanjang perjalanan balik tu abang buka ayat quran, for surelah kan.. kot dipasangnya lagu lady gaga tak berterabur keadaan aku kang? aku duduk kat kerusi belakang, tengok luar tingkap. Masih berfikir hikmah atas semua ni, kenapa aku? Apa salah aku? Salah ke aku tegakkan kewajipan aku sampaikan aku diuji oleh Allah seteruk ni?

Dan perempuan dalam mimpi aku, siapa dia? Betul ke nama dia Sabila atau sebenarnya tu petanda untuk aku cari dia? Wujud ke dia? Kalau betul dia senasib dengan aku, macam mana keadaan dia sekarang? Ustaz ada bagi pandangan pasal perempuan tu, ustaz kata YA, DIA WUJUD. Keadaan dia lebih teruk sebab separuh dari diri dia bawah jagaan sihir tu.

Kau kat mana? Macam mana keadaan kau?? Kalau ada kesempatan, atau kalau dapat feedback siapa budak perempuan tu kita akan sama2 usaha keluarkan kau daripada keadaan tu. Moga allah temukan kita ‘sabila.’

Sumber : Man

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

The post SERAM… Hijab Lelaki Ini Terbuka Dan Apa Yang Dia Selalu Nampak Hampir Buat Dia Jadi MURTAD !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2gVft4i
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.