Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Semua Anggota Polis Di Sebuah Bandar Letak Jawatan

Semua Anggota Polis Di Sebuah Bandar Letak Jawatan

polis-letak-ajawatn

Satu kejadian mengejutkan berlaku di Amerika Syarikat.

Dikhabarkan kesemua anggota polis sebuah bandar di Indiana meletak jawatan dan berhenti kerja.

Ini kerana ada pertelingkahan antara pihak polis dan juga pihak pejabat daerah.

Menurut laporan akhbar di sana, anggota polis di bandar Bunker Hill tidak berpuas hati kerana disuruh ‘melakukan kegiatan tidak bermoral, tidak beretika dan melanggar undang-undang’.

Antara contoh tugas yang diberikan pejabat daerah adalah seperti memeriksa latar belakang setiap pekerja di daerah tersebut.

Anggota polis di bandar tersebut juga hanya diberi sehelai baju perlindungan kalis peluru untuk kegunaan keseluruhan anggotanya.

Ini komen Muchael Thomison, bekas Ketua Polis di daerah berkenaan

“Mereka tidak mahu berkomunikasi dengan kami dan asyik menarik balik kemudahan,”

Thomison mendakwa polis pernah diugut jika mengingkari arahan pejabat daerah.

Walaubagaimanapun, Thomison berkata, beliau mempunyai sebab peribadi untuk berhenti menjadi anggota polis.

Thomison disahkan menghidap kanser tahun lepas dan selanjutnya beliau tidak dibenarkan bekerja separuh masa oleh pejabat daerah.

Disebabkan Bunker Hill mempunyai sifar anggota polis, bandar tersebut terpaksa meminta bantuan bandar lain untuk sementara waktu. -PENMERAHDOTCOM

The post Semua Anggota Polis Di Sebuah Bandar Letak Jawatan appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2hCYsKp
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.