Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Rahsia Buat Anak Anda Solat Tanpa Perlu DiSuruh Atau Rotan - Noorzila Muhamad Sofi



RAHSIA BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU
DISURUH….DIBEBEL…DAN DIPUKUL?
-MAHA SUCI ALLAH SWT-

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak… Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya…. Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah dan liat nak solat.. Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk
solat. Tak perlu disuruh…. Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya
solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni
dan saya masih amalkan sampai sekarang” Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je… doa.. doa.. dan doa….  Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah… solat tak perlu disuruh dah…solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut
kakak diaorang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40
Dan Doa adalah …

“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa
wataqobbal Du’aa’…..

[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
In Shaa Allah… Jom Amal….semoga anak2 kita semua rajin
mendirikan solat bersama….Amin.
Sila share jika rasa ilmu ini bermanfaat…
Sharing is Caring

((رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ)) سورة إبراهيم: 40



Sumber : Mediahub

from I Am Kiram http://ift.tt/2hoJnhh
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.