Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Penjelasan Uqasha Senrose Mengenai Bertudung Untuk Jaga Hati Orang

Pelakon Uqasha Senrose lebih selesa kini, kerana tidak perlu menjadi hipokrit selepas mengambil keputusan untuk membuka tudung.

“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.

“Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?

“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.

“Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Uqasha tidak menafikan akibat daripada tindakan tersebut dia telah menerima pelbagai komen negatif dan cemuhan daripada netizen.

“Ya, dulu memang saya ada tutup sekejap ruangan komen di akaun Instagram (IG) kerana komen-komen yang diberikan terlalu teruk.

“Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah cuma memandangkan ini adalah pilihan saya jadi saya perlu berani untuk hadapinya.

“Tapi sekarang semuanya dah kembali seperti biasa dan tak kisahlah orang nak kata apa yang penting saya gembira dan kehidupan harian saya pun berjalan seperti biasa,” ujarnya,

Sumber : BicaraNework

from I Am Kiram http://ift.tt/2gM4HPc
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.