Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

'Orang Macam Ini Pun Ada?' - Wanita Dedah Sikap Buruk Sesetengah Pelanggan Di Pasar Raya


Setiap kali saya membeli barang dapur di pasar raya Tesco, saya pasti akan mengamuk dengan sikap kiasu sesetengah pelanggan yang gemar mengupas kulit bawang, sayur bunga kobis dan yang sewaktu ditukar kandungan atau barangan yang lebih mahal. 

Suatu hari itu, saya berhajat mahu mencari mentol lampu yang terang. Terdapat banyak pilihan dari jenis LED jenama Philips hinggalah ke jenama Tesco itu sendiri. Mentol yang paling murah adalah jenama Tesco, tetapi ia tidak dapat bertahan lama. 

Jadi saya membuat keputusan untuk membeli mentol jenama Philip. Mujur saya nak cuba terlebih dahulu. Bila saya buka kotaknya, di dalam kotak bukannya mentol Philips, tetapi mentol jenama Tesco. 

Jelas sekali ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil mentol yang mahal itu dan diletak dalam kotak jenama Tesco yang dijual dengan harga murah, agar pelanggan terbabit hanya perlu membayar dengan harga murah selepas diimbas di kaunter. 

Saya terpaksa membuka setiap kotak bagi memastikan mentol di dalamnya adalah jenama Philip 9 watt atau paling kurang 6 watt. Sekurang-kurangnya enam otak jenama Philips yang saya periksa, mengandungi mentol jenama Tesco. Geram sungguh saya dibuatnya! 

Malangnya pada hari itu, tidak ramai kakitangan Tesco yang bertugas dan saya terus keluar tanpa membuat sebarang aduan kepada kakitangan Tesco seperti mana yang saya biasa lakukan. 

Saya kasihan dengan para pelanggan lain yang tidak tahu apa-apa mengalami kerugian selepas mentol yang dibeli, bukanlah mengikut jenama yang tertera di luar kotak. 

Begitu juga dengan telur ayam. Saya telah melihat bagaimana golongan manusia ini hanya menukar penutup plastik telur dan membayarnya dengan harga murah. 

Saya berharap pihak Tesco dapat menutup bungkus telur dengan ketat agar tidak dapat dibuka dengan mudah atau pasang CCTV di setiap lorong pasar raya mereka. 

Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku di Cold Storage atau Bens. Mungkin golongan pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu tidak akan menjejakkan kaki mereka ke dua tempat seperti itu. Eee! Geramnya!

Saya berdoa agar anak cucu saya tidak akan melakukan perkara seperti ini bila dia dewasa. Tak ada kelas atau budaya langsung. - Nik Elin Nik Rashid 

Diterjemah semula untuk siaran di The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2gvhTmy
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.