Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

“Mungkin Bagi Anda Gambar Saya Nampak Kelakar, Tapi Bagi Saya Rasa Amat Sedih” – Lizzie Velasquez

“Mungkin Bagi Anda Gambar Saya Nampak Kelakar, Tapi Bagi Saya Rasa Amat Sedih” – Lizzie Velasquez

lizi

Akhir-akhir ini sedang popular gambar meme yang memaparkan watak lelaki atau wanita yang kurang cantik yang ditulis mencari seseorang yang diletakkan nama.

Kemudian gambar itu akan menyatakan supaya ‘mention’ dan tag nama rakan yang sedang dicarinya.

Gambar meme ini menjadi trend di media sosial Facebook termasuk di Malaysia.

Namun tahukah anda sebenarnya trend ini tanpa kita sedar ada menyakitkan hati orang lain yang gambarnya dijadikan mangsa.

Terbaru, sebuah page daripada luar negara telah menggunakan gambar seorang wanita bernama Lizzie Velasquez menyebabkan dia rasa kecewa dan malu.

Ini gambar:

1-1

Jom baca luahan pemilik gambar berkenaan di laman Facebooknya. (Siakapkeli)

Baru-baru ini saya telah melihat satu meme seperti ini di Facebook, saya menulis ini bukanlah semata-mata kerana saya menjadi mangsa, tetapi mewakili mereka yang gambarnya diedit dan dimalukan.

Waktu sekarang memang sudah lewat malam, saya menaip (luahan) ini sebagai peringatakan bahawa gambar orang tidak bersalah sedang digunakan sebagai meme dan mungkin ketika ini mereka masih belum tidur dan sedang melayari Facebook.

Bayangkan kalau mereka ternampak gambar mereka sendiri yang dipergunakan seperti ini?

tidak kiralah bagaimana rupa wajah kita, saiz badan kita, apa yang pasti kita semua adalah manusia. Saya memohon kepada semua, agar sentiasa berfikir apabila ternama gambar meme yang terkandung wajah orang yang tidak dikenali. Pada masa anda merasakan ia kelakar, tetapi manusia dalam gambar itu mungkin merasa sebaliknya.

Sebarkan tulisan ini agar kita sedar dan tidak menyakitkan hati orang lain.

Kerana luahan dia itu, ramai yang tersentuh hati melihat beliau menjadi mangsa orang yang tidak bertanggungjawab.

Lizzie sebenarnya menghidap penyakit kongenital yang pelik yang menyebabkannya tidak boleh mengumpul lemak. -PENMERAHDOTCOM

The post “Mungkin Bagi Anda Gambar Saya Nampak Kelakar, Tapi Bagi Saya Rasa Amat Sedih” – Lizzie Velasquez appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2gv5Upa
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.