Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Masih Menunggu Calon Suami Yang Sesuai - Rita


KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini yang bakal menjejak usia 41 tahun depan masih belum terdesak untuk menamatkan zaman jandanya. Sebaliknya Rita mahu memberi fokus mempelajari selok belok perniagaan. 

"Kalau cepat ditemukan jodoh, Alhamdulillah. Tetapi kalau belum, saya mahu memajukan diri dalam perniagaan," katanya, memetik laporan Kosmo, Jumaat. 

"Buat masa sekarang, saya belum ada mana-mana lelaki istimewa. Saya masih solo dan ada empat tahun lagi untuk berfikir tentang calon suami," katanya. 

Bagi Rita, beliau tidak kisah jika calon suaminya itu lelaki tua atau muda, duda atau bujang, apa yang penting,  calon suaminya haruslah pandai mengambil hati dua orang anak lelakinya. 

"Jika dia pandai mengambil hati anak, sekaligus dia juga akan mencuri hati saya," katanya. 

Rita dan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 2008, namun bercerai talak satu pada September 2013. - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hYJHB3
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.