Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.
Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.
“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”
"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”
"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”
Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.
Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.
Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.
Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.
Bangga dapat jadi salah sorang anak kelahiran KELANTAN kerana mempunyai Sultan sebegini ✌👏👍 Daulat Tuanku .. http://pic.twitter.com/RT1aHUCq7t— Syabab Jubah Putih (@sharmia_) December 30, 2014
Sultan Kelantan !!!! proud on you !!! http://pic.twitter.com/4hYNIA165h— Ashhhhhhhh (@ashfzi_) December 30, 2014
Sumber: Astro Awani
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2htFAjr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment