KAWAL PENGGUNAAN GAJET ANAK ANDA
Satu…kosong…dua…satu…bilik satu…
Faizol masuk ke dalam bilik konsultasi bersama ibunya. iPad masih digenggaman tangan. Sambil berjalan masuk, sambil matanya melekat pada skrin iPad.
“Ultaraman Taro bertukar!...Bang bang boom bang”
Volume iPad ditahap maksimum. Satu bilik berkumandang lagu Ultaman Taro. Hampir 5 minit berlalu, Faizol tidak langsung mendongakkan kepalanya untuk melihat keadaan sekeliling. Matanya tidak berganjak dari skrin iPad. Mainan video Ultraman Taro sudah berakhir, diganti pula dengan siri Doraemon. Doraemon bukan dialih bahasa, tapi dalam Bahasa Jepun.
“Faizol faham ke Bahasa Jepun?” aku cuba berinteraksi dengan Faizol. Tapi tidak diharaukan.
Ibunya merampas iPad dari tangan Faizol. “Enough Faizol. Doktor tengah nak cakap tu!”
Terus Faizol menjerit. Menjerit dengan sekuat hati. Faizol meronta – ronta baring diatas lantai. Segala usaha untuk menenangkannya tidak berjaya. Puas ibunya cuba pujuk.
Faizol bukan seorang. Anak – anak seperti Faizol boleh dilihat di merata – rata. Lihat sahaja ketika Hari Raya. Anak – anak berumur kurang dua tahun duduk diam berjam – jam hanya melihat gajet.
“Paksu dah datang ni, Ihsan. Pergi salam.”
….tiada response. Menyahut tidak, angguk pun tidak. Seolah – olah tidak mendengar apa yang ada di keliling.
Adakah ia autism? Adakah ADHD?
Tidak semestinya. Mungkin BUKAN kedua-duanya. Masalahnya mungkin dihadapan mata anak anda.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), penggunaan peranti seperti ipad, tablet dan telefon pintar adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk kanak – kanak kurang 18 bulan (kecuali untuk kegunaan Skype atau Facetime). Berapa ramai kanak – kanak yang kita lihat menggunakan peranti media seawal umur satu tahun di sekeliling kita? Malah ada yang memperkenalkan gajet kepada kanak – kanak sewal umur 8 bulan.
Menurut AAP juga, gajet boleh diperkenalkan kepada kanak – kanak antara 18 bulan hingga 24 bulan untuk menonton program yang berMUTU jika ia DITONTON BERSAMA IBU BAPA. Kata kunci disini adalah;
1.Program bermutu.
Bukan Doraemon, bukan Ultraman, bukan Hagemaru. Tetapi program educational seperti Elmo’s World dan Sesame Street.
2.Bersama Ibu Bapa.
Anak dan ibu atau bapa menonton bersama. Berinteraksi bersama dengan watak yang ditonton. Anak – anak boleh bertanya kepada ibu bapa. Ada interaksi yang boleh memperkukuhkan keupayaan social anak – anak. Bukan memberi anak gajet supaya mak ayah boleh menonton Extravaganza atau Raja Lawak.
Bagi kanak – kanak yang berumur antara 2 hingga 5 tahun pula, penggunaan gajet sepatutnya dihadkan selama hanya SATU JAM SEHARI. Cuba lihat anak – anak kita. Berapa jam mereka berdepan dengan gajet?
Mengapa penting untuk ibu bapa mengawal penggunaan gajet anak – anak?
Perkembangan kanak – kanak melalui beberapa fasa atau milestones. Setiap fasa perkembangan terdiri daripada komponen; social dan emosi (1), bahasa dan komunikasi (2), kognitif (3), dan pergerakan fizikal (4). Apabila anak – anak disuap dengan gajet, komponen perkembangan social, emosi, bahasa dan komunikasi akan terjejas.
Bagaimana emosi anak akan berkembang? Apabila menangis, gajet akan diberi untuk memberhentikan teriakan si anak kecil. Tidak perlu si anak menggunakan potensi dirinya untuk cuba memberitahu ibu bapa apa yang menyebabkan dia menangis. Suka saya tunjukkan gambar bagaimana Putera William berinteraksi dengan anaknya, George. Lihat posisinya. Putera William akan bercakap secara berdepan dengan George at eye level. Interaksi begini amat efektif untuk perkembangan interaksi social.
Gajet juga memberikan instant gratification kepada anak – anak. Untuk dapatkan hiburan, tekan butang play. Nak lihat gambar, swipe saja jari. Apabila di dunia nyata, anak – anak ini menjadi tidak sabar. Jika hendakkan susu, tak boleh tunggu untuk dipanaskan. Terus mengamuk. Tantrum.
Gambar dari Famlii.com
Berwaspada lah ibu bapa sekalian. Memang ‘best’ bagi anak gajet tu. Boleh la berehat seketika tanpa diganggu, tapi ia hanya kebaikan pada masa yang pendek. Kesan jangka panjang perlu difikirkan dengan teliti.
*******************************************
Ringkasan Cadangan American Academy of Pediatrics dalam pengawalan penggunaan peranti media.
1. Kanak – kanak berumur kurang 18 bulan TIDAK DIGALAKKAN mengguna gajet kecuali untuk membuat video call ke keluarga terdekat.
2. Kanak – kanak antara 18 hingga 24 bulan boleh menonton program BERKUALITI bersama dengan ibu bapa.
3.Kanak – kanak antara 2 hingga 5 tahun boleh menonton program berkualiti selama hanya SATU JAM sehari.
4.Elakkan penggunaan gajet sebagai alat untuk menenangkan kanak – kanak meragam.
5.Elakkan penggunaan gajet di bilik tidur, waktu makan dan waktu bersama ibu bapa.
6.Elakkan program yang bergerak laju (fast paced) dan mempunyai isi kandungan yang ganas.
***setakat ini masih tiada cukup data yang kuat untuk mengaitkan autism & gajet.
Penulisan ini TIDAK mengaitkan Autism & gajet tetapi hanya perkongsian untuk memperkukuhkan perkembangan sosial & minda anak anak kecil
Sumber : BicaraNework
from I Am Kiram http://ift.tt/2h451EG
via IFTTT
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment