Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Idris Jala dilantik pengerusi syarikat arak Heineken


Bekas menteri itu bagaimanapun akan kekal mengetuai Pemandu, unit transformasi ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


PETALING JAYA: Datuk Seri Idris Jala dilantik menjadi pengerusi Heineken Malaysia Bhd, pengeluar minuman keras yang dahulunya dikenali Guinness Malaysia Bhd, bermula tahun depan, lapor The Star.
Beliau menggantikan Tan Sri Saw Choo Boon yang bersara pada Dis 31, menurut akhbar itu memetik fail Bursa Malaysia.

“Idris Jala seorang pakar transformasi terkemuka yang mengubah prestasi syarikat menerusi kaedah keputusan segera dan strategi transformasi yang inovatif, ketat dan relevan dengan tuntutan hari ini,” kata Heineken dalam kenyataannya semalam.
Idris tetap akan meneruskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Idris sebelum ini ditugaskan untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) selepas dilantik pengarah urusannya pada 2005, dan selepas itu dilantik mendepani program transformasi di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Idris yang berketurunan Kelabit dari Sarawak itu pernah bersama syarikat minyak Shell selama 23 tahun, dan dilantik naib presiden pemasaran berpusat di United Kingdom.

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2gSBj5m
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.