Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Graduan ‘Universiti of Google’ dengan Graduan IPT. APA BEZANYA

Sebelum saya menceritakan perihal Bitcoin, mari kita sama-sama fahami apakah Internet dan bagaimana graduan University of Google dan graduan IPT menggunakan Google terlebih dahulu. Kemudian baru sedap untuk kita memahami isu-isu Bitcoin ni.

Google/ Yahoo / Bing boleh diumpamakan dengan sebuah bot yang berlayar di atas lautan maklumat yang sangat luas. Kebiasaannya, kita menggunakan bot Google untuk menyauk seberapa banyak maklumat pada kadar kedalaman lautan 4% sahaja.

Tak besar pun pukat tunda yang anda guna untuk mengaut maklumat. Jika hasil tangkapan tidak ditapis, maklumat tersebut sudah pasti sampah atau hasil laut yang kurang berkualiti.

Berdasarkan rajah di bawah, 4% kedalaman tersebut termasuklah FB dan penulisan ini, YouTube, Blog, gosip, bahan lucah umum (bukan VVIP), virus, Antivirus dan lain-lain. OK. Anda masih bersama dengan saya lagi? Baik, sila teruskan pembacaan.

Gambarrajah ini penting untuk membezakan Graduan ‘University of Google’ dengan graduan IPT

Graduan dari Universiti of Google,

Pengguna Internet yang biasa kebanyakannya mencedok maklumat-maklumat tidak ilmiah dari sumber seperti gossip, testimoni, penulisan tidak beridentiti, satira, teori konspirasi dan maklumat palsu lalu dicantumkan dengan pemahaman dan logik akal sendiri untuk membuat satu kesimpulan / generalisasi.

Dari sini, sudah semestinya terdapat kelemahan kerana tiada sebarang analisa terhadap data / maklumat / dapatan anda dijalankan terlebih dahulu untuk membuktikan sesuatu sebelum membuat satu kesimpulan.

Sebagai contoh: Isu teori Flat Earth sebelum ini. Kebanyakan pentaksub teori tersebut memperolehi sumber maklumat hanya dari Youtube dan blog-blog tertentu yang mana kedalaman maklumat hanyalah 4%.

Perlu diingatkan supaya anda berhati-hati dengan maklumat yang dihidang kerana sampah dan kualiti maklumat yang rendah sudah semestinya sangat banyak. Oleh itu, janganlah anda memberi hujah yang tidak berasas ketika berbicara di tempat awam.

Bagaimana sarjana di IPT yang menggunakan Google?

Para sarjana di IPT juga menggunakan bot Google untuk mendapatkan maklumat. Namun beberapa peralatan khas perlu disediakan sebelum menangkap paus hitam tersebut.

Nama pun paus, maka kos menangkapnya mestilah mahal betul tak? Perumpamaan ikan paus sebagai pengkalan data untuk journal akademik melambangkan bahawa akses kepada maklumat tersebut adalah rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi. Saya boleh ajarkan anda untuk mendapatkan akses ke ikan paus tersebut, namun bukanlah di dalam artikel ini.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak pihak mempertikaikan para graduan IPT hanya menggunakan sumber maklumat dari hasil pukatan 4% kedalaman laut untuk menyiapkan kerja kursus atau penulisan tesis mereka.

Graduan IPT kerap dituduh menggunakan Wikipedia sebagai rujukan utama dan penulisan blog sebagai hujah kajian. Ya, benar. Cuma pada peringkat awal pelajar terpaksa merujuk kepada sumber tersebut untuk pemahaman awal mereka.

Kemudian mereka akan diajar dan dilatih untuk menangkap paus bagi memperoleh maklumat akademik yang lebih berprestij. Jangan ada rasa jaki jika anda tidak berkemampuan untuk mendapat akses ke gedung ilmu tersebut namun, anda boleh merujuk kepada sumber ilmu yang benar dari pakar-pakar yang diiktiraf (bukan palsu semestinya).

Juga janganlah menghina mereka yang tidak berpengetahuan kerana adalah menjadi tugas orang yang berilmu untuk menyebarkan pengetahuan.

Apakah kaitan Bitcoin dengan semua di atas?

Berdasarkan rajah di bawah, ada satu lagi elemen iaitu sotong hitam yang masih belum dibincangkan. Seperti yang anda dapat lihat, jauh ke dasar lautan Internet terdapat pelbagai jenis jenayah yang juga turut menggunakan teknologi Internet.

Perkhidmatan pasaran gelap mereka juga memerlukan imbuhan wang untuk terus bergerak. Namun, bagaimanakah wang dikirimkan kepada mereka tanpa dikesan oleh Interpol atau kerajaan? Nantikan kupasan lanjut pada masa akan datang.

96% daripada internet adalah dipenuhi dengan ‘Deep Web’ dan disinilah pengguna Bitcoi menjalankan peniagaannya

(K. ANA, 2016)

Rujukan anda:

1. http://ift.tt/1MDBjVo


Sumber: RootOfSience

Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hGQRKa
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.