Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat milik penuh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) semalam mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Bagaimanapun, ada yang merungut jumlah itu terlalu kecil, lantas meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial. Ada segelintir pula yang nekad mahu mengeluarkan 'simpanan' dari ASB kerana beranggapan pelaburan itu sudah tidak menguntungkan.
Justeru, apakah tujuan sebenar anda melabur di ASB? Baca perkongsian dari Amir Syahir ini, semoga dapat memberi penjelasan yang penuh kepada semua.
Oleh Amir Syahir
1. MATLAMAT MELABUR DALAM ASB
Kau kena matlamat kau dulu.Adakah nak melabur jangka panjang? Buat simpanan? Kumpul duit buat deposit rumah dan sebagainya. Melabur tanpa matlamat yang jelas umpama kau nak memanah tiada sasaran/target.
Kau boleh melabur ASB melalui simpan sendiri atau melabur ASB menggunakan ASB Financing. Melabur guna ASB Financing lagi bagus sebab kau guna OPM (Other People Money).
Selalu aku ingatkan ASB Financing ini tools terbaik untuk kau simpan duit buat deposit rumah. Jika kau tanam matlamat nak beli rumah lagi tiga tahun. Kau buatlah ASB Financing selama tiga tahun dan terminatelah.
2. PERLU TAHU APA ITU PRINSIPAL & KADAR KEUNTUNGAN BANK
Setiap bulan kau duk bayar pada bank akan pecah kepada dua. Iaitu nilai prinsipal dan kadar keuntungan bank.
- Ansuran bulanan = Prinsipal + Kadar keuntungan bank
- Prinsipal = mengurangkan baki pinjaman
- Kadar keuntungan bank = keuntungan bank
Katakan kita ada ASB Financing RM200K @ 30 tahun tempoh pembiayaan dengan kadar keuntungan bank 5.2%. Ansuran bulanan RM1100. Jika pembiayaan ASB diterima pada 1 Mac 2015.
BULAN 1 (MAC)
KADAR KEUNTUNGAN BANK : RM200,000 X 5.2% X 31/365=RM883.29
PRINSIPAL: RM1100-RM883.29=RM216.71
BAKI PINJAMAN: RM200,000-RM216.71=RM199,783.29
BULAN 2 (APRIL)
KADAR KEUNTUNGAN BANK : RM199,783.29 X 5.2% X 30/365=RM853.87
PRINSIPAL: RM1100-RM853.87=RM246.13
BAKI PINJAMAN: RM199,783.29-RM246.13=RM199,537.16
Dan seterusnya. Prinsipal semakin bertambah dan kadar keuntungan bank semakin berkurang. Nilai prinsipal ini kau punya. Ada je duk tidur dalam bank. Sedap tidur tu. Itu pasal kau kejutkan dia lepas 3-5 tahun. Dapatkan balik prinsipal tu untuk matlamat kita yang lain.
Bank je untung. Kita rugi. Baik simpan sendiri je kan. Kita nak untung sorang je ke? Dah pinjam duit bank mestilah mereka nak untung juga kan. Menang menang situasi la.
Jika ASB Financing bawah RM50K baik kau simpan sendiri je lah. Kalau nak buat ASB Financing, baik buat atas RM50K. Bulanan dalam RM275.
Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 - 2015 | IG - Astro Awani |
3. NAK ROLLING DIVIDEN ATAU COMPOUNDING?
Compounding Dividen: Dividen terkumpul tidak dikeluarkan dari ASB. Guna duit sendiri untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB.
Rolling Dividen: Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB untuk tahun berikutnya. Duit sendiri hanya digunakan untuk bayar pembiayaan ASB pada tahun pertama sahaja.
Kalau rolling, modal kau setahun je kan. Tahun berikutnya guna duit bank. Kau guna OPM. (Other People Money). Kalau nak Rolling jangan bayar sekali gus untuk setahun guna duit dividen. Rugi je. Baik hold dulu dalam ASB tu. Bayar sikit sikit.
Bahan bacaan sini: http://ift.tt/1stbGIL?…
Keempat, kenapa perlu terminate ASB Financing kau tu? Selagi dividen dapat cover bayaran ansuran bulanan okay lah kan? Adat la melabur mesti ada naik turun keuntungan dia. Jika nak terminate tengok balik ada lock in period ataupun tidak. Ada shortfall takaful ataupun tidak.
APA KAU BUAT UNTUK MENGHADAPI DIVIDEN RENDAH?
- Semak balik ansuran bulanan kau. Kadar keuntungan bank berapa. Tempoh pembiayaan berapa.
- Jika buat ASB Financing / ASB Loan tempoh pendek. Terminate je lepas 2-3 tahun. Buat balik. Ambil tenure yang paling panjang. 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan kau rendah.
- Ambil yang tiada lock in period. Jadi kau tak perlu tunggu 2-5 tahun untuk terminate jika tak mampu bayar.
- Tak perlu ambil takaful jika target nak buat ASB Financing 2-3 tahun saja.
- Buat ASB Financing cari pakej kadar keuntungan bank rendah. Pakej Family Link misalnya.
Nota:
ASB Financing : Pembiayaan Islamik, ada akad jual beli. (Maybank & CIMB)
ASB Loan: Pinjaman Konvensional (RHB & Affinbank)
BELAJAR SENDIRI, JANGAN DENGAR CAKAP ORANG
Itu pasal kena belajar. Jangan dengar cakap orang. Umur bawah 35 tahun tak yah layan ASB Financing sampai 25@30 tahun, main terminate je tiap 3-5 tahun. Dah masuk 35 tahun baru buat untuk jangka panjang kegunaan masa pencen.
Ingatlah, pelabur sejati tak mengelabah macam kau tu. Dividen turun terus menggelupur nak terminate bagai. Pesen takde hala tuju. Kau tu nak melabur untung saja. Melabur dalam ilmu tak nak. Kah! Moga manfaat - Amir Syahir
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2hNYpxJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment