Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Cara Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan


Cara Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan. Seperti yang sedia maklum, ramai di kalangan kita yang pernah tertinggal solat fardhu secara sengaja mahupun tidak sengaja bahkan ada yang tidak menunaikan solat fardhu sehingga bertahun lamanya. Boleh jadi tertinggal solat atau tidak menunaikan solat fardhu kerana masih jahil agama, lagha, leka dengan dunia, kesibukkan bekerja, malas dan sebagainya. Tapi walau apa pun alasan hutang wajib diganti yakni solat yang ditinggalakan secara sengaja mahupun tidak sengaja perlulah diganti.

Cara Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan
Tapi bagi mereka yang mendapat Hidayah Allah dan insaf dan ingin berubah ke arah yang lebih baik pastinya akan berfikir tentang solat fardhu yang mereka pernah tinggalkan suatu ketika dahulu. Alhamdulillah jika anda salah seorang daripada itu kerana masih belum terlambat untuk bertaubat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Cara Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan

Bagi mereka yang hendak ganti atau qada’ solat yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan ialah anda perlu bermula qada solat fardhu bermula dari sekarang dan jika ada kelapangan masa yang panjang boleh habiskan masa dengan qada solat fardhu.






Tapi bagaimana ingin mengetahui selama mana perlu diganti solat fardhu? Menurut Ustaz Azhar Idrus andai kita telah qada’ solat fardhu melebihi solat fardhu yang pernah ditinggalkan, insyaAllah kita akan merasa satu perasaan di dalam hati yang meyakinkan kita bahawa solat qada kita telah cukup. Lihat penerangan seperti video di atas.

Niat untuk qada solat.
Cara Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan

Kredit: Lukisan Dakwah Islam
Untuk memudahkan solat qada’, anda boleh lakukan solat qada selepas solat fardhu maksudnya selepas kita solat fardhu zohor kita solat qada zohor dan begitulah seterusnya dan juga boleh dilakukan 5 waktu solat qada sebelum tidur atau semasa solat tengah malam yakni bangun tengah malam untuk melakukan solat qada semampu mungkin.. semoga bermanfaat

Untuk info, solat qada’ fardhu boleh dilakukan pada bila – bila masa kecuali ulamak kata haram qada solat fardhu semasa khatib sedang naik di atas mimbar untuk membaca khutbah. Wallahu a’lam




Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2gX4ZC4
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.