Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Anda Boleh Buat Simpanan RM55K Dalam 3 Tahun Bila Tahan Nafsu Beli Kereta - Dato Aliff



Zaman sekarang kereta adalah satu keperluan. Tamat belajar, dapat kerja terus nak beli kereta. Sudah lah terbeban dengan hutang PTPTN ditambah lagi dengan komitmen lain. Abang tertarik dengan penulisan dari saudara Khairul Ezuwan, bagaimana untuk menahan diri anda dari membeli kereta baharu, anda mampu memperolehi simpanan yang sangat banyak. Jom kita baca.

Anda lelaki bujang? baru start kerja? Mari dengar cerita dongeng Abang yang mungkin boleh merubah pemikiran anda. Sila baca sampai habis , Kalau tak menyesal nanti. Ini serius!!

Tak pelik kan bila anda yang bergaji RM2000 – RM2500 beli kereta Myvi baru malah ramai yang membelinya selepas mula bekerjaya. Myvi adalah jenis kereta paling banyak di Malaysia.

Cuba kita ambil Myvi yang medium spec & macam biasa full loan, komitmen bulanannya lebih kurang RM600. Kita rasa mampu sebab bayaran bulanannya adalah RM600. Namun Kita lupa kos yang wajib ditanggung bila memiliki kereta ini:

1. Installment bulanan = RM600
2. Minyak = RM400
3. Purata Maintenance = RM100
4. Purata Insurance/Roadtax = RM100
5. Basuh kereta = tak nak kira
6. Tol = Tak nak kira
7. Accessories = tak nak kira
8. Bayar Parking = tak nak kira

Saya cuma nak ambil kos 1+2+3+4 , sebenarnya tanggungan anda untuk machine ini sebulan adalah RM1200 dengan mengabaikan kos 5+6+7+8. Kalau gaji anda RM2000, lepas ditolak EPF & lain-lain gaji bersih anda cuma RM1700 . Disebabkan ditolak kos wajib 1+2+3+4 .

Gaji bersih anda sebenar tinggal lagi RM500 sahaja.

Kos tambahan pada 5+6+7+8 mungkin memakan kesemua gaji anda. Anda sebenarnya bekerja penat lelah untuk menanggung Kereta tersebut sahaja, perasan ataupun tidak? Inilah punca utama buat anda terus rasa tertekan.

Kalau anda mampu dengan kos RM1,200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Pakai jer motor masa belajar kat university dulu. Buat pembiayaan ASB 200K . Installment bulanan RM1,111.Buat target selama 3 tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk anda?

I) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700

II) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800

Total simpanan tunai= RM55,500



Berbaloi tak korbankan kehendak pakai myvi tadi dalam tempoh 3 tahun, boleh ada simpanan RM55,500

Apa nak buat dengan duit ni?

Jangan gusar, waktu ini anda dah bina kebijaksanaan anda sendiri, anda pasti pandai aturkan sendiri kelak contohnya,

Beli Kereta 2nd hand tunai
deposit beli rumah
berkahwin
modal berniaga
beli emas, masuk saham dan lain-lain.
Tidak masuk skim cepat kaya
Tidak tempah banglo Alfafa & seumpamanya.

Kita risau takde awek pandang kita sebab takde kereta kan. Saya Bagi tips sikit teknik nak mengorat tanpa perlu pamerkan kehebatan anda berkereta dan cuma ada Honda EX5.

Nak mengorat awek mesti whatapps kan. Snap picture kat muka pertama buku ASB yang Ada Nama tu & bahagian akhir buku ASB yang menunjukkan baki RM55,500 tu, buat-buat tersalah hantar kat awek tu.

Lelaki : “Ala sorry awak, tersalah tempat sent pulak. Nama awak dengan banker ni sama pulak, Maaf awak “.

Perempuan : “Awak buat apa bagi baki buku ASB kat banker tu” (mula-mula dia rasa curiga anda sengaja menunjuk ntah buku siapa)

Lelaki : “Saya sebenarnya tengah buat pembiayaan rumah, banker tu minta supporting document, saya tengah kelam kabut tadi, tersalah hantar pulak kat awak tadi. Nama dia sama pulak dengan awak yang saya save kat phone ni. Maaf sekali lagi ye.”

Perempuan: “Awalnya beli rumah, bagusnya”.

Lelaki : “saya dari awal bekerja memang nekad paksa buat simpanan , tu yang tak mau beli kereta dulu tu. Saya memang target nak beli rumah sebelum saya berkahwin sebab nak bagi kemudahan sedikit pada Bakal isteri saya nanti, Rumah sendiri senang nak hias kan. Awak suka Hias rumah tak?”

Perempuan: “Mestilah saya suka, saya perempuan kan”.

Dah-dah , takkan mengayat pon nak kena ajar semua.
* Pakai motor bukan dosa
* Kalau anda nak juga pakai kereta dulu , pakailah . Saya tidak menghalang pon sebab itu mungkin keperluan anda.
* Kewangan kita, kita aturkan sendiri
* Yang senang kita, yang susah pon kita, maka pilihlah sendiri mana jalan yang anda berkenan.

Share jika bermanfaat ye, boleh ingatkan adik, sedara & rakan masing-masing .

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2h3YJov
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.