Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

5 Langkah Untuk Elak Duit Hilang Selepas Tukar Kad Debit Paywave Yang Baru



Semua sudah maklum bahawa penukaran kad ATM yang baharu perlu dilakukan, untuk menggantikan kad ATM yang sedia ada, dan ianya termaktub kepada semua pemegang kad debit yang ada.

Dengan penukaran kepada kad baharu ini, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan pengguna untuk hanya menyentuh kad, tanpa perlu memasukkan nombor pin.

Namun begitu, anda juga tahu kemungkinan kad anda boleh digunakan begitu sahaja tanpa pengetahuan anda amat tinggi, lebih-lebih lagi jika dompet anda dicuri, dan kad anda boleh diakses oleh pencuri begitu sahaja.

Bagi mengelakkan berlakunya perkara sebegini, saudara Anwar Badroldin kongsikan tip yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru anda.

Bagi yang sudah menukar kepada Debit Kad yang baru, anda perasan dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.

Advertisements  


Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)

Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri dan untuk mengatasi masalah ini

Langkah pertama setelah dapat kad debit yang baru.

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka.

2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.

3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.

4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.

5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.

Sumber : Mediahub

from I Am Kiram http://ift.tt/2h1gt8D
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.