Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Malaysia Umum Tidak Tarik Diri Piala AFF Suzuki – KJ

Malaysia Umum Tidak Tarik Diri Piala AFF Suzuki – KJ

kj

Kabinet telah memutuskan skuad Harimau Malaysia akan terus bertanding dalam saingan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata kerajaan juga sedar bahawa tindakan memboikot perlawanan itu akan memberi risiko kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia kerana boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya kerajaan akan menggunakan cara lain untuk membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Ini komennya:

“Kabinet membincangkan situasi yang dihadapi masyarakat Rohingya di Myanmar. Kami membincangkan apa tindakan Malaysia termasuk memboikot Piala AFF yang sedang berlangsung.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menarik diri pada kejohanan itu dan akan menggunakan cara lain bagi meningkatkan kebimbangan serta meminta tindakan diambil supaya apa sahaja yang berlaku di Rakhine akan dihentikan.

“Tindakan diplomatik seterusnya akan diumumkan oleh Kementerian Luar,”

“Kami amat bimbang dengan apa yang berlaku di Myanmar tetapi kita juga sedar hukuman oleh FIFA,” -PENMERAHDOTCOM

The post Malaysia Umum Tidak Tarik Diri Piala AFF Suzuki – KJ appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah

from I Am Kiram http://ift.tt/2goI81W
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.