Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Kejam..Inilah Wajah Manusia Yang Awet Mayat Anak Dalam Tong Ikan



Ini lah manusia berhati binatang,sangup bunuh anak tirinya, budak umur 2 tahun,lalu dibeku kan dlam tong ais,kjdian berlaku di sg petani,seorang lagi kakaknya 4 tahun koma,dipukul oleh maknya dngn bapak tiri nya,apa nk jdi skrng ni mak sendiri pun sngup buat dkt anak dia mcm ni,perngai mcm haiwan ...kesian kanak2 yang x berdosa...

Kejam..Ibu dan Kekasih Awet Mayat Anak Dalam Tong Ikan



KEJAM…Selepas didera oleh ibu dan teman lelakinya, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diawet dalam sebuah tong ikan dan disembunyikan di sebuah bilik di Flat Paya, Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Harian Metro melaporkan, polis menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan di rumah terbabit kira-kira jam 1.25 pagi tadi, namun terkejut apabila menemui tong yang mengandungi mayat kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, anggota polis yang sampai di rumah tersebut kira-kira jam 2 pagi menemui seorang wanita berusia 26 tahun dan mengatakan anak perempuannya telah dipukul oleh teman lelakinya.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

“Pemeriksaan polis di dalam rumah menemui mayat budak lelaki di dalam tong yang dibaluti dengan tilam (toto), kain batik dan pita pelekat.

“Wanita tersebut memberitahu teman lelakinya telah memukul anaknya sehingga mati dan mayatnya disimpan di dalam bilik,” katanya.

Kejam..Ibu dan Kekasih Awet Mayat Anak Dalam Tong Ikan

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia pada 9 November lalu selepas dipukul ibu kandung dan teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan ibu mangsa kira-kira jam 6 pagi tadi.

Katanya, kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

SEKIRANYA anda tahu mengenai sebarang kes penderaan di tempat anda..hubungi segera 15 999 – Talian Kasih. Tindakan pantas dan prihatin anda mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang tidak bersalah.

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2gbiVW4
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.