Jenazah Sudah 2 Tahun Dikebumikan Ditemui Masih Elok Dalam Balutan Kapan
Kerja-kerja menggali semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat telah diadakan di Pontian baru-baru ini.
Ada satu kejadian yang mengejutkan ramai ketika proses berlangsung.
Sekumpulan penduduk yang membantu menjalankan terperanjat apabila menemui dua jenazah yang tidak reput dan masih lagi sempurna.
Salah satu mayat jenazah dipercayai milik bekas ketua kampung masih lagi elok di dalam balutan kain kapan.
Dikatakan jenazah sudah dua tahun dikebumikan.
Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari berkata, jenazah tersebut dikenali sebagai Abdullah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2014.
Ini kenyataanya: (Kosmo)
“Kebanyakkan jenazah sudah pun mereput. Bagaimanapun, jenazah bekas ketua kampung itu yang meninggal dunia pada tahun 2014 lalu masih dalam balutan kain kapan,”
Kubur-kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat berkenaan digali semula untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baharu dari Permas ke Tanjung Piadari Permas.
Kerja-kerja penggalian kubur ini diketuai oleh Pejabat Agama Daerah dengan dibantu agensi berkaitan serta penduduk kampung bermula tiga hari lalu dan selesai semalam.
Penyebaran gambar jenazah yang masih dalam kain balutan tersebut menjadi perhatian apabila ia menjadi viral di laman sosial sejak kerja-kerja penggalian semula kubur dilakukan. – PENMERAHDOTCOM
The post Jenazah Sudah 2 Tahun Dikebumikan Ditemui Masih Elok Dalam Balutan Kapan appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah
from I Am Kiram http://ift.tt/2frVsOx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment