Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Belanja RM10 Juta, Tak Banyak Beza Pun?




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali diminta untuk memperjelaskan perincian perbelanjaan kerajaan negeri ke atas projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Muhammad Nazri Mohd Amin berkata, keraguan timbul ekoran hasil pemerhatian terhadap 'wajah baru' pintu gerbang berkenaan, tiada banyak beza dengan sebelum ini.

“Walaupun sumbangan terhadap projek ini dikatakan hasil derma seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, sekurang-kurangnya hasilnya itu bersesuaian dan menepati jumlah kos projek berkenaan.

“Kita hanya mahu dapatkan penjelasan kerana kelihatan pintu gerbang tersebut tidak jauh beza dengan yang lama dan inilah yang perlu dijelaskan ," katanya dipetik UMNO Online.

Berkata lanjut, peruntukan RM10 juta bagi projek berkenaan bukanlah jumlah kecil malah projek naik taraf itu sepatutnya menambahkan 'gah' pintu gerbang yang menjadi kebanggaan orang Selangor.

“Kita pasti siapa pun yang menggunakan jalan tersebut tidak akan perasan bahawa pintu gerbang itu sudah diberikan wajah baru dan jika mereka tahu bahawa kos pengubahsuaiannya hampir RM10 juta juga pasti ramai yang akan menggelengkan kepala”, ujarnya.

Kenyataan Nazri juga pernah disuarakan ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif yang turut menuntut kerajaan negeri terutama Menteri Besar menjelaskan perincian perbelanjaan menaiktaraf pintu gerbang berkenaan.

Shahrum turut meminta Azmin untuk mendedahkan identiti penderma yang dikatakan membiayai projek berkenaan.

“Jika benar ada penderma maka dedahkan… Saya agak hairan mengapa jawapan ditanggung oleh penderma tiba-tiba muncul.

“Bagi saya apapun pihak Kerajaan Negeri Selangor perlu menerangkan kepada rakyat apa yang menyebabkan kos naik taraf mencecah sehingga RM9.8 juta. Rakyat berhak untuk mengetahui,” ujarnya.

Sumber : BicaraNework

from I Am Kiram http://ift.tt/2gnQQO1
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.