Menurut laporanThe Korea Herald, Samsung sedang mempertimbangkan keputusan untuk panggilan semula setelah terdapat laporan pengguna menunjukkan bateri Note 7 meletup ketika sedang dicas.
Samsung sedang membuat persediaan secara besar-besaran di peringkat global untuk memanggil semula (recall) smartphone terbarunya Galaxy Note 7, menurut Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan.
Samsung mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran Note 7 untuk menyiasat dakwaan di atas.
Yonhap mendakwa Samsung sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi yang telah melancarkan Note 7 iaitu Verizon Wireless tentang bagaimana panggilan semula akan dilakukan.
Syarikat itu juga dilaporkan telah mengarahkan sebuah syarikat telekomunikasi UK untuk menghentikan pelancaran Note 7 yang dijadualkan berlaku di rantau itu pada minggu hadapan.
Keputusan penyiasatan dan langkah-langkah tindakan akan diumumkan kepada orang ramai pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan, menurut seorang pegawai Samsung yang tidak dinamakan.
Menurut beliau lagi, isu bateri ini memberi kesan kepada kurang daripada 0.1 peratus peranti Note 7, tetapi syarikat itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Recall secara besar-besaran ini akan memberi impak besar kepada Samsung kerana setelah Galaxy S7 dan S7 Edge, Note 7 menjadi tunjang utama syarikat pada separuh kedua tahun ini, setelah menghadapi kesukaran kewangan pada awal tahun 2016.
Sekiranya recall ini benar-benar berlaku, masa hadapan Samsung tidak begitu indah seperti yang mereka harapkan.
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment